Lukis Mural Arwah Abam Tanda Penghargaan

Sebagai Tanda Penghargaan, Lelaki Ini Hasilkan Mural Wajah Arwah Abam Dan Yus

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebagai tanda penghargaan atas jasa-jasa beliau menghiburkan ramai orang, seorang lelaki yang juga pelukis, Suhaimi Ali telah mengabdikan rasa penghargaannya dalam satu lukisan mural di Taman Cahaya Alam, U12, Shah Alam.

BACA: Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Sering menghiburkan orang ramai dengan jenaka santainya, sehingga ke hari ini kebaikan yang dilakukan arwah Abam masih lagi disebut-sebut walaupun ada beberapa isu melibatkan keluarga arwah baru-baru ini.

Abam Bocey Meninggal 1

Pemergian Abam Bocey pada 10 Februari lalu meninggalkan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia.

Berita berkenaan yang dimaklumkan oleh adik kepada Abam, Ali setelah dihubungi oleh isteri Abam, Nor Hidayah. Berita ini turut disokong dengan hantaran video oleh dua orang anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey di laman Instagram masing-masing.

Menurut Nor Hidayah, sejak dua hari lalu, Abam mengadu sakit kepala dan demam namun apabila diajak ke hospital, arwah menolak.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia.”

https://www.instagram.com/p/B8doo89JUVG/

Sebagai tanda penghargaan, turut bersama ialah lukisan mural gambar Yus Jambu yang juga merupakan seorang pelawak yang meninggal dunia pada 30 November 2015.

Lukis Mural Arwah Abam Tanda Penghargaan 1
Sumber: Instagram @miey_ali

BACA: Pernah Berputus Asa, Akhirnya Lelaki Ini Berjaya Siapkan Mural Terbesar Di Malaysia

Tetap dalam ingatan, lawatan Harian Metro ke pusara arwah Abam mendapati masih ramai yang menziarahi kubur arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.