Sebab Kenapa Video Makan Pisang Jadi Punca Turki Hantar Pulang 7 Pelarian Syria

Sebab Kenapa Video Makan Pisang Jadi Punca Turki Hantar Pulang 7 Pelarian Syria

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Disebabkan video makan pisang, sekurangnya tujuh (7) pelarian Syria daripada 31 orang suspek yang ditahan Jabatan Polis Istanbul dihantar pulang semula ke negara mereka atas dakwaan melakukan jenayah menghasut atau menghina orang ramai supaya membenci dan bermusuhan.

Menurut sumber, rakaman video yang menunjukkan masing-masing sedang makan pisang merupakan salah sebuah video yang dianggap provokatif kerana seakan menyindir kesusahan yang dialami rakyat Turki.

Ia adalah respon kepada keluhan seorang lelaki Turki di Istanbul yang mengeluh tidak mampu untuk membeli pisang. Sedangkan mereka sebagai pelarian Syria mampu untuk membeli buah berkenaan dalam kuantiti yang banyak.

“Anda hidup lebih selesa. Saya tidak boleh makan pisang, anda beli 1kg pisang,” demikian dialog seorang lelaki Turki yang menegur seorang pelajar perempuan Syria pada pertengahan Oktober lalu di Istanbul.

Sebab Kenapa Video Makan Pisang Jadi Punca Turki Hantar Pulang 7 Pelarian Syria

Dalam video berkenaan juga, seorang wanita Turki mendakwa pelarian Syria di Turki menikmati gaya hidup yang jauh lebih mewah daripada pulang bertempur di negara mereka sendiri dan enggan menerima penjelasan pelajar berkenaan yang mendakwa dirinya tidak ada tempat untuk kembali.

Untuk pengetahuan anda, Turki menjadi tuan rumah kepada penduduk pelarian terbesar di dunia, menjadikan beberapa pekerjaan sukar diperolehi. Dalam masa yang sama, mereka yang mempunyai pekerjaan melihat kuasa perbelanjaan mereka semakin lemah.

Daripada itulah, perasaan tidak puas hati terhadap dasar pelarian kerajaan di bawah Presiden Recep Tayyib Endorgan mula timbul.

Sebelum ini tular kembali video sebuah Proton Saga yang digunakan sebagai bom di Syria.

Kereta yang sudah dimodifikasi ini dilihat dipandu ke suatu kawasan sebelum diletupkan dengan menggunakan alat kawalan.

Sekadar makluman, model Proton mula dieksport ke Syria sejak tahun 2001 lagi.