
Seakan Tahu Ayah Pergi Tak Kembali, Video Anak Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402 Undang Sebak
Video anak kru kapal selam KRI Nanggala 402 yang meruntun hati netizan.
Kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 yang kini dipercayai dalam fasa tenggelam susulan daripada penemuan beberapa barangan yang dipercayai daripada kapal selam itu termasuklah kesan tumpahan minyak, alat yang dipakai kru untuk solat dan pembungkus paip penyejuk.
BACA: Bekalan Oksigen Hanya Bertahan Hingga Sabtu, Ini Kronologi Kehilangan Kapal Selam KRI Nanggala
Barangan yang ditemui di sekitar kawasan pencarian kapal selam yang mana tempoh terakhir bekalan oksigennya pada jam tiga pagi tadi menjadi bukti kukuh KRI Nanggala dalam fasa tenggelam.
Namun satu video yang memperlihatkan salah seorang anak kepada kru, Letftenan Satu (Lettu) Iman Adi yang dikongsi isteri mangsa menjadi tular dan mengundang sebak para netizen.
Seakan tahu ayahnya yang bekerja sebagai anak kru kapal KRI Nanggala 402 akan pergi tak kembali, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu menjerit dan menghalang ayahnya untuk bertugas dengan cara ‘mengunci’ mangsa di dalam bilik.
Para keluarga memberitahu tingkah laku itu menghairankan mereka kera sebelum ini anak mangsa tidak pernah berkelakuan sedemikian.
“Yang merekam menantu saya. Saya dikirimi melalui WhatsApp. Biasanya kalau dipamiti ya biasa saja. Kemarin sampai pintunya ditutup, papanya benar – benar tidak boleh pergi.” – Bapa Imam Adi
Kapal selam buatan Jerman tahun 1979 yang membawa 53 anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan dan hilang kontak pada 21 April di perairan utara Pulau Bali ketika melakukan latihan penembakan torpedo.
Kronologi kejadian bermula pada 3.46 pagi, KRI Nanggala melaksanakan penyelaman, kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan penembakan torpedo, pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan diberikan, komunikasi dengan Nanggala tiba-tiba terputus.
Berita kehilangan KRI Nanggal disahkan sendiri oleh Panglima Tentera Udara TNI Hadi Tjahjanto, yang menyatakan asset tentera laut itu tidak dapat dihubungi tidak lama selepas mendapat izin menyelam.
Seramai 49 anak kapal, seorang komander kapal dan tiga pakar senjata berada di dalam kapal selam tersebut.