Scanda Sky Terbang Tanpa Lesen 2

Scanda Sky Tidak Diberi Lesen Untuk Beroperasi Di Malaysia – Mavcom

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Scanda Sky merupakan salah satu pesawat penerbangan baharu yang menjalankan operasi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou dua kali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu dan Sabtu.

Scanda Sky Terbang Tanpa Lesen 1

Telah melakukan penerbangan sulung ke Guangzhou 27 November lalu dengan pelepasan water salute dan 40 orang penumpang, pesawat ini sudah pulang ke Ipoh pada awal hari semalam (1 Disember) bersama 44 orang penumpang telah didakwa tidak mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan operasi di Malaysia.

Pendedahan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) itu turut diakui oleh pengelolanya yang mengatakan Scanda Sky tidak memegang lesen perkhidmatan udara (ASL) atau permit perkhidmatan udara (ASP) yang dikeluarkan sama ada oleh suruhanjaya di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) atau di bawah Penerbangan Awam Akta 1969 (Akta 3).

Scanda Sky dengan sendiri ‘melabel’ perkhidmatan mereka bukan sahaja sebagai syarikat penerbangan baharu (tetapi kemudiannya menafikan) tetapi juga sebagai syarikat penerbangan komersil di Malaysia malah mempromosikan penerbangan berjadual komersil di laman web mereka.

Scanda Sky Terbang Tanpa Lesen

Mavcom memahami bahawa Scanda Sky telah memeterai perjanjian piagam dengan Malaysia Airlines Bhd dan penerbangan yang dipersoalkan tu sebenarnya dikendalikan oleh Malaysia Airlines.

Sehubungan itu, pihak Mavcom telah menghantar surat amaran kepada Scanda Sky supaya menghentikan pemasaran perkhidmatannya selain daripada mengiklankan diri mereka sebagai syarikat penerbangan komersil.

Sumber: The Edge Market

Ada yang tak sabra nak tonton Neo dan Trinity dalam sekuel ke-4 The Matrix ni?

Neo Dan Trinity Kembali Dalam Sekuel Ke-4 ‘The Matrix’

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.