Scammer

‘Scammer’ Kini Lebih ‘Bertimbang Rasa’, Tak Minta Banyak, RM1 Pun Boleh!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nampaknya ‘scammer’ pada hari ini lebih licik dan pandai memanipulasi mangsanya dengan menjaja kisah sedih yang lebih ‘meyakinkan’.

Beberapa mesej yang kononnya dikirim secara rawak menggunakan aplikasi WhatsApp didapati telah tersebar yang mendedahkan golongan tersebut kini begitu terdesak sehingga sanggup memohon ‘sumbangan’ minimum dari orang ramai walaupun bernilai RM1.

Tokoh guru dan ‘influencer’ hebat, Mohd Fadli Salleh yang pernah terpedaya dengan taktik ini menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan cara baharu mereka tersebut.

Ikuti pembongkaran dan pendedahan yang telah dibuat olehnya melalui hantaran di Facebooknya berikut:

Scammer

Kalau dapat mesej macam ni, jangan bagi. Ni pun scammer juga. Biasanya taik judi dan kaki dadah guna taktik ni.

Orang betul-betul susah ni, paling kurang ada adik-beradik, ada keluarga, ada jiran, ada kawan-kawan, ada rakan sekerja. Dia boleh minta tolong kenalan dia. Minta tolong sepupu, minta tolong kakak, jiran ke bila betul-betul terdesak.

Kenapa dia minta tolong random?

Sebab semua kenalan dia dah tahu dia scammer, kaki judi atau taik dadah. Dia dah tak boleh nak tipu orang yang dia kenal. Maka dia minta duit secara random tulis cerita sedih WhatsApp merata.

Dari 100 WhatsApp dia hantar sehari, katakan dapat 5 orang je transfer RM30 dah dapat RM150. Lepas dah modal beli dadah dan gian nak tekan judi. Esok dia ulang lagi teknik ni.

Gitu la berterusan tak berkesudahan.

Kalau rasa kesian sungguh, minta alamat. Pergi hantar bantuan sendiri. Kalau alamat tu jauh, minta orang sekitar situ yang pergi tengok.

Aku banyak kali juga dapat mesej macam ni. Dari 10 mesej macam ni, bila minta alamat, 8 orang akan diam. 2 akan bagi. 2 orang yang bagi alamat tu pun menipu.

Aku pernah pergi cari di alamat, bawa siap semua barang bantuan, sampai sana call tak angkat. WhatsApp tak balas. Tuju ke rumah, rumah orang lain.

Buat penat melayan.

Nak tolong kena hati-hati juga kawan-kawan ya. Kena siasat dan usul periksa juga. Jangan guna ayat

‘Kalau dia tipu itu dosa dia dengan Tuhan. Kita dah dapat dah pun pahala sebab ikhlas’.

Ayat macam ni ayat yang paling digemari scammer. Suka betul mereka dengan ayat tu kerana mereka dapat tipu lebih ramai orang dengan mudah.

Scammer ni memang tak fikir pasal dosa pahala tuan-tuan. Sebab tu dia menipu. Tak terpakai ayat tu untuk scammer, taik judi dan mat pit ni.

Begitulah.

#MFS

BACA: AWAS! ‘Hacker’ Kini Lebih Mesra Dan Sopan, Siap ‘Bagi Salam’ Dulu Sebelum Perangkap Mangsa

Sumber: Mohd Fadli Salleh