
‘Scam’ Terbaru Menggunakan Shopee – Wanita Ini Kerugian Lebih RM24 Ribu! AWAS! Elak Dari Terpedaya Seperti Ini
Kebelakangan ini, banyak kes kejadian ‘scam’ dilaporkan berlaku terutamanya yang menggunakan taktik terbaru melibatkan platform membeli-belah atas talian seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
Pasti ramai yang tidak perasan mengenai ‘scam’ terbaru menggunakan Shopee ini walaupun sebenarnya tanpa disedari, ramai yang pernah menerima ‘umpan’ seperti ini dalam bentuk mesej di aplikasi WhatsApp.
Berikut merupakan penipuan atau ‘scam’ menggunakan taktik terbaru yang didedahkan oleh Puteri Nur Ikhwan yang terpedaya dengan pekerjaan separuh masa di Shopee, bermula dengan mesej yang diterimanya di WhatsApp.

Ya, saya kena scam.
Salam semua. Hari ini, baru saya dapat kekuatan untuk menceritakan pengalaman saya kena scam pada minggu lepas, 6 Januari 2022. Alhamdulillah, saya dah buat report dan berurusan dengan bank yang terlibat. Saya tahu, saya takkan dapat semula duit saya. Tapi, saya anggap ini semua dugaan yang Allah dah takdirkan dan saya tak nak orang lain menerima nasib yang sama seperti saya.
Pada pertengahan bulan 12, saya telah diapproach oleh nombor WhatsApp 011XXXXXXXX untuk offer part time job di Shopee. Tapi saya tak reply, sehinggalah pada 6/1, saya telah WhatsApp semula nombor itu untuk penerangan job offer yang diberikan. Nombor itu dikenali sebagai Jo. Jo telah menerangkan task yang diberikan, iaitu saya perlu like certain product di Shopee dan screenshot bukti. Saya akan diberikan RM4 untuk setiap task. Dan saya setuju untuk melakukannya. Pada hari tersebut, saya telah memperoleh sebanyak RM28. Hahahaa, mudah kan? Dia pancing, bagi gula-gula dulu.

Keesokan harinya, saya mendapat satu nombor WhatsApp baru iaitu 011XXXXXXXX dan dikenali sebagai Aileen. Aileen inform bahawa payment RM28 saya dah masuk ke dalam account Maybank. Saya check dan ya, ianya ada. Aileen juga memberikan satu link group WhatsApp untuk saya join. Saya join, dan mereka memberikan task yang sama iaitu like product di Shopee dan hantar screenshot untuk dapatkan RM4 sebagai upah.
Kemudian, mereka bagi task lain iaitu task utama. Task ini, mereka bagi senarai price yang boleh kita pilih, kita bank in dahulu kepada mereka, dan kita melakukan repurchase untuk dapatkan extra komisen. Saya diberikan link oleh Aileen untuk mendaftar. Link tersebut ialah XXXXXXXX. And yes, saya daftar dan saya membuat purchase yang pertama. Saya pilih harga yang paling rendah iaitu RM100. Saya bank in kepada nombor account yang diberikan, dan Aileen bagi instruction untuk repurchase. Setelah selesai, saya diberikan RM120. Easy kan? Then saya terus kepada repurchase bernilai RM500 dan saya diberikan RM620.

Kemuncaknya, saya try untuk repurchase bernilai RM5,580 kepada Aileen. Saya diberitahu untuk membeli 2 pieces item, tetapi di situ dia mula trick saya. Product tu dah ditulis 2 pieces, tetapi di amount bawah hanya 1 piece, dan saya dah pun proceed kepada repurchase. Saya inform Aileen, dia bukan main sedih sebab dia tanya kenapa saya silap? Dia yang akan kena marah dengan atasan nanti. Ceh, saya pun bodoh say sorry bagai pada dia. Then, Aileen inform dia akan tanya pihak atasan tentang issue saya ini.
Aileen kemudian inform, dia boleh tolong untuk saya withdraw duit yang ada dalam link amazonIII.vip itu, tapi dengan syarat, saya perlu membuat beberapa repurchase lagi untuk merchant approve. YES, lagi sekali saya jadi bodoh buat repurchase RM8,800 dan RM9,420 untuk dapatkan komisen dan duit saya semula. Tapi, lepas saya repurchase, sekali lagi dia push untuk repurchase sebab merchant tak boleh nak approve request withdraw saya. Kali ini, baru saya sedar. Saya dah kena tipu! Duit dalam account saya totally habis! Allahuakbar, bodohnya saya.
Saya terus tak reply WhatsApp Aileen tapi dia terus push saya, untuk payment lagi. Kononnya, ini last transaction sebelum saya boleh withdraw duit saya. Saya tak reply. Saya terus sujud, menangis dan mengadu kepada Allah. Dalam sehari, saya hilang kesemua saving saya. Allahuakbar! Malam itu juga saya buat report polis. Esoknya, saya ke bank untuk buat account baru dan block transaction semua scammer itu.
Total kerugian saya adalah RM24,+++.00.
Saya ambil masa juga beberapa hari untuk menerima semuanya dan redha di atas apa yang berlaku. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal kepada mereka yang berkenaan. Ya, silap saya, saya tamak mengejar dunia. Semoga Allah menggantikan yang lebih baik untuk saya menebus semuanya. Dan semoga anda semua tidak mengalami nasib yang sama seperti saya.
Sekian.
BACA: ‘Add Yours Challenge’ Di Instagram Undang Bahaya, Sudah Ada Yang Jadi Mangsa Scammer
Sumber: Puteri Nur Ikhwan