scam eksiden

Scam Eksiden: Motor Sengaja Brek Di Hadapan, Saksi Beri Keterangan Palsu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terdapat pelbagai jenis kemalangan yang berlaku di jalan raya. Ada yang tidak disengajakan. Yang mengejutkan, ada juga kemalangan yang sengaja dicipta untuk memerangkap mangsa.

Artikel berkaitan:

Ini adalah contoh bentuk scam eksiden yang betul-betul berlaku di jalan raya. Video ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, CEO OF EXPOSE.

Modus operandi pelaku scam ini adalah memerangkap pemandu kereta dengan memberhentikan beberapa motorsikal di hadapan anda. Mereka akan buat-buat seperti anda yang melanggar mereka.

Screenshot 2023-05-16 at 3.29.51 PM

Kereta di belakang anda pula juga merupakan geng mereka. Pemandu kereta tersebut akan menjadi saksi memberi kenyataan palsu akan apa yang terjadi.

Diharap dengan perkongsian ini, anda dapat sentiasa berhati-hati di jalan raya. Pastikan kereta anda sentiasa mempunyai dashcam di hadapan dan di belakang kereta bagi merakam detik-detik sebegini.