
“Saya Pun Tak Suka Anwar,” Kata Tun M Dalam Satu Klip Audio MPT BERSATU Yang Tular
“Saya pun tak suka DAP, tak suka Anwar,” itu kata-kata yang dipercayai milik Tun Mahathir selepas satu lagi audio Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu tular pada hari ini.
Audio berdurasi 56 saat itu jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir sebelum menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 itu sedang memutuskan sama ada Parti Bersatu Malaysia (BERSATU) akan keluar daripada Pakatan Harapan atau pun tidak.
https://www.facebook.com/100000824060574/posts/3226382340732536/?app=fbl
“La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar daripada Pakatan Harapan, satu cadangan lagi yang datang daripada saya ialah kita tunggu fikir dengan mendalam atau patut ikut yang lain.
Jadi saya nak tahu samada kita nak keluar sekarang ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya. The support from UMNO ini is for fickle that kalau bagi masa sedikit sahaja, dia nanti suka kat saya.”
Ucapan yang turut disokong ahli-ahli yang menyertai mesyuarat berkenaan itu dikatakan sebagai checkmate buat Tun M yang kini sedang giat mahu menurunkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.
BACA: Anwar Ibrahim Ganti Tun M Sebagai Pengerusi Parti Pakatan Harapan
Turut memberitahu bahawa beliau tidak suka pada Anwar Ibrahim, yang sekarang ini dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), semalam Tun M berkata BERSATU masih bersama Pakatan Harapan dan mendakwa keputusan yang membabitkan parti itu dibuat Muhyiddin secara bersendirian dan MPT tidak pernah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.
24 Februari lalu, Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa BERSATU telah keluar daripada Pakatan Harapan melalui keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas MPT parti dengan persetujuan semua Ahli Dewan Rakyat daripada parti berkenaan selepas mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.
BACA: Dedah ‘Kedegilan’ Tun M Letak Jawatan Sebagai PM, Ini Antara ‘Sindiran’ Agong Di Parlimen
Semalam, semasa Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, Agong membuat pendedahan bahawa Tun M tetap dengan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 meskipun diminta untuk tidak berbuat demikian.