
“Saya Boleh Bercakap” – Jurubahasa Isyarat Siaran TV Dedah Ramai Anggap Dirinya Bisu
Jurubahasa Isyarat Siaran TV Dedah Ramai Anggap Dirinya Bisu.
Siapa sangka tanpa kita sedar wajah ini sudah menghiasi kaca televisyen rakyat Malaysia sudah lebih dari 25 tahun.
Figura yang dimaksudkan adalah Tan Lee Bee, jurabahasa atau penyampai bahasa Isyarat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berkhidmat di stesen televisyen berkenaan sejak tahun 1986.
Walaupun dianggap kerjaya tidak popular, kemunculan jurubahasa isyarat di sudut penjuru siaran berita TV di saluran RTM cukup signifikan terhadap golongan istimewa.
Jurubahasa isyarat menjadi pengantara atau telinga kepada golongan cacat pendengaran terutama dalam memahami inti pati berita seperti apa yang disiarkan di kaca televisyen.
Namun, figura seperti mereka semakin cuba dikenali rakyat di samping menghargai jasa kerjaya ini.
BACA: Aksi Jurubahasa Isyarat Terjemah Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Curi Perhatian Netizen
Berusia 50-an, Lee Bee merupakan antara antara tiga jurubahasa isyarat diberi tanggungjawab di saluran berkenaan demi memenuhi keperluan golongan berkenaan.
Beliau juga merupakan pemandu pelancong berlesen yang dikatakan begitu fasih berbahasa Melayu dan mempunyai perwatakan yang ceria.
Pendedahan terbaharu ini mengejutkan orang ramai apabila selama ini disangkakan beliau juga merupakan golongan istimewa.
Lee Bee menerusi sebuah video TikTok mengatakan ramai orang yang beranggapan begitu dan tidak mengetahui yang dirinya sebenar fasih bercakap dan tidak bisu.
“Ramai orang ingat saya bisu, mungkin sebab perwatakan saya. Saya sebenarnya boleh bercakap. Kalau saya mula bercakap susah pula nak berhenti,” jelasnya.
Tambahnya, dia perlu berlakon menjadi pekak dan bisu supaya pekerjaannya sebagai jurubahasa isyarat boleh dilakukan dengan baik.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mengagumi kemahiran dan kepakaran jurubahasa isyarat dalam melaksanakan tugasnya.
@zam1075 Reply to @miss_aien00 ðŸ¤ðŸ¤
Beliau pernah berkongsi, sebelum ini tidak pernah mempelajari bahasa Isyarat secara formal sewaktu menyertai RTM sebagai jurubahasa isyarat.
Semuanya bermula apabila menemani adiknya mengalami masalah pekak untuk bersekolah di sebuah sekolah khas di Kuala Lumpur.
Adiknya menjadi inspirasi buat Lee Bee untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai bahasa isyarat sehinggalah menjadi jurubahasa berkenaan yang kini cukup dikenali ramai.