
Sawan Dan Bengkak Otak, Doktor Ini Kongsi Risiko Minum Air Secara Berlebihan
Jika ditanya tip untuk kurus, maka ramailah ‘pakar-pakar’ tak bertauliah yang menyarankan pengambilan air sekitar enam hingga lapan liter sehari.
Malah ada juga di antara mereka yang bangga menguar-uarkan tip berkenaan di laman Facebook dan program-program anjuran individu yang menggelarkan diri sebagai health advisor.
Akan tetapi, tahukah anda, minum terlalu banyak air meningkatkan risiko sawan hingga boleh menyebabkan bengkak pada otak?
Minum air secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami mabuk air (water intoxication) yang membawa kepada pembengkakan otak (cerebral edema). Mitos minum air berlebihan dapat menguruskan badan adalah mitos semata kerana tabiat ini hanya memudaratkan pengamalnya.
Mabuk air terjadi akibat pengambilan air kosong secara berlebihan dalam masa yang singkat dan keadaan ini menyebabkan paras garam sodium dalam darah menjadi rendah atau dipanggil hypervolemic hyponatremia yang melebihi kemampuan ginjal untuk membuang air.
Seorang lelaki, Ahmad Zakimi Abdullah yang bekerja sebagai seorang doktor perubatan menceritakan kisah beliau berdepan dengan pesakit yang dimasukkan ke dalam zon merah disebabkan hal ini.
Bengkak otak akibat daripada mabuk air!
Antara PUNCA UTAMA berlakunya mabuk air:
- Minum air yang berlebihan semasa bersenam atau bersukan.
- Diabetes yang tidak terkawal.
- Ubat-ubatan yang menyebabkan kering bibir dan dahaga.
- Primari polydipsia atau psychogenic polydipsia
TANDA-TANDA mabuk air:
- Loya.
- Muntah.
- Keletihan.
- Tahap kesedaran menurun.
- Sawan.
- Koma.
Minum air kosong terlalu banyak akan menyebabkan garam sodium dalam darah dicairkan oleh air dengan cepat (diluted hyponatremia) yang akan menyebabkan kepekatan osmolariti luar sel rendah berbanding dalam sel; air bergerak dari luar sel ke dalam sel otak melalui proses osmosis. Keadaan ini kemudiannya akan menyebabkan seseorang itu mengalami bengkak otak (sawan) malah paling teruk akan menyebabkan koma.
Maka, disebabkan itu janganlah terlalu percaya mengenai teori minum enam hingga lapan liter air mampu menyebabkan kurus tetapi tetaplah pada lapan gelas sehari atau pun jika terasa dahaga untuk seorang dewasa yang normal.
Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah, Harian Metro, Kevin Zahri
Betul ke Emilia Clarke menyanyi dalam filem Last Christmas?
LAST CHRISTMAS | Emilia Clarke Boleh Menyanyi?
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.