FK05SJaWYAAcpzO

#SaveRayan Perkembangan Terkini Anak Maghribi 5 Tahun Terjatuh Ke Lubang Sedalam 32 Meter

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketika ini, tanda pagar #SaveRayan menjadi tular di seluruh dunia dalam usaha menyelamatkan mangsa, Rayan berusia 5 tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen sejak Selasa lalu.

Usaha membawa keluar mangsa sedang dipergiatkan dan kini dalam peringkat terakhir.

FKwnL2jWUAgXvc_

Dilaporkan tinggal kurang 2 meter sahaja lagi untuk pasukan penyelamat mendapatkan Rayan dan dilaporkan usaha menggali dilakukan dengan tangan.

Proses penggalian difahamkan telah mencecah sehingga 27 meter (88 kaki), dengan harapan untuk mencapai 32 meter (105 kaki) lagi dalam beberapa jam akan datang, lapor agensi berita MAP Maghribi.

Pasukan penyelamat telah menghantar oksigen dan air kepada kanak-kanak itu melalui paip dan dilihat keadaan Rayan semakin lemah.

Seluruh dunia memberi sokongan #SaveRayan, bagi mendoakan kanak-kanak itu selamat serta urusan pasukan penyelamat dapat dipermudahkan.

FK0nCOlXEAELkVm

Sebuah helikopter kini sudah bersiap sedia untuk memindahkan Rayan ke hospital berdekatan apabila dia berjaya dikeluarkan nanti.

Suasana kejadian ini adalah sama seperti yang berlaku di Gua Tham Lang, apabila 12 orang kanak-kanak dan seorang jurulatih yang terperangkap selama lebih dua minggu dalam gelap dari gua tersebut yang dinaiki air.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian, VOCKET