
‘Save Ralph’ Dedah Sisi Gelap Industri Kosmetik Yang Gunakan Haiwan Sebagai Bahan Uji Kaji
Beberapa hari lalu, satu video pendek yang menampilkan seekor arnab putih sebagai watak utamanya menjadi perbualan hangat di media sosial.
Dalam video berdurasi sekitar tiga minit 53 saat itu, arnab putih yang bernama Ralph mencuri perhatian dengan ketidaksempurnaan pada fizikalnya.
Untuk pengetahuan anda, filem animasi pendek Save Ralph merupakan satu mockdocumentary yang ditulis dan diarahkan oleh Spencer Susser dalam usaha kempen menentang penglibatan haiwan sebagai bahan uji kaji dalam industri kosmetik.
Dokumentari pendek ini menunjukkan kepada penonton betapa haiwan-haiwan yang tidak bersalah ini menjadi mangsa kekejaman manusia.
Di akhi video, Ralph yang kini disahkan buta hasil daripada uji kaji yang dijalankan terhadapnya memberitahu penonton tanpa ujian haiwan, beliau akan berada di ladang seperti arnab biasa.
Menampilkan Taika Waititi sebagai pelakon suara Ralph, dokumentari pendek ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Ricky Gervais, Zac Efron, Olivia Munn dan Tricia Helfer.
Tonton projek animasi Save Ralph di pautan bawah:
Trending now



