
Saudaraku, Anda Kini Boleh Miliki Kemeja T Sama Seperti Ebit Lew
Saudaraku, Anda Kini Boleh Miliki Kemeja T Sama Seperti Ebit Lew
Nama penceramah bebas, Ebit Lew semakin menjadi sebutan rakyat Malaysia.
Bantuan yang diberikan kepada orang yang memerlukan dengan pantas menjadikan beliau disegani dan dihormati sehingga dianggap sebagai adiwira tanpa uniform.
BACA: Ebit Lew: Adiwira Malaysia Tanpa Uniform
Sering tampil dengan pakaian yang ringkas, tidak dinafikan ramai daripada rakyat Malaysia yang tertarik dengan kemeja T yang dipakai Ebit Lew.
Mendapat permintaan ramai, Ebit Lews dalam satu perkongsian memberitahu ianya sudah boleh didapati dengan harga serendah RM29.
Disertakan dengan kata-kata semangat dan motivasi, rakyat Malaysia kini boleh memiliki baju yang sama dengan Ebit Lews di Shopee Elews Design.
1. Kemeja T Saudaraku (Lengan Panjang) – RM35
2. Kemeja T Solat (Lengan Panjang) – RM35
3. Kemeja T Saudaraku (Lengan Pendek) – RM29
4. Kemeja T Solat (Lengan Pendek) – RM29
Selain daripada empat baju di atas, anda juga boleh dapatkan beberapa lagi baju yang sering dipakai Ebit Lew sebagai contoh kurta dan jubah.
Nama Ebit Lew semakin hari semakin menjadi sebutan rakyat Malaysia. Dianggap sebagai adiwira, Ebit Lew gigih menjalankan kerja bantuannya kepada masyarakat tanpa berkira.
Daripada golongan kanak-kanak hinggalah ke warga emas, ramai yang mengenali beliau yang giat menjalankan aktiviti dakwah menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama.
Baca: Ebit Lew: Adiwira Malaysia Tanpa Uniform