Satu Lagi Wabak Selesema Burung China

Satu Lagi Wabak Baru Dikesan Di China, Kali Ini Daripada Ayam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belum lagi selesai isu wabak koronavirus, satu lagi wabak baharu dikenal pasti kini sedang melanda China.

BACA: Seludup Babi Dari China, Filipina Dan Indonesia Kini Bergelut Perangi Wabak Selesema Babi Afrika

Wabak selesema burung atau H5N1 yang melanda sebuah ladang di wilayah Shaoyang, Hunan dikatakan berpunca daripada ayam telah menyebabkan lebih 4,500 daripada jumlah keseluruhan 7,850 ekor ayam dibun*h.

 

Susulan itu juga, pihak berkuasa atas arahan Menteri Agrikultur Beijing Perhubungan Luar Bandar telah mengarahkan lebih 17,828 ekor ayam di wilayah berkenaan ‘dihapuskan’ bagi mengelakkan wabak berkenaan menjangkiti manusia.

Satu Lagi Wabak

Ladang berkenaan kemudiannya ditutup sementara bagi tujuan pembersihan steril.

Untuk pengetahuan anda, wabak selsema burung merupakan salah satu kategori virus dalam kumpulan virus influenza A dan menjangkiti manusia apabila haiwan berkenaan masih hidup.

Belum lagi habis kemelut wabak koronavirus, Filipina sekali lagi bakal berdepan dengan satu wabak yang baru dikenal pasti melanda kawasan selatan iaitu Mindanao selepas seludup babi dari China.

Sudah merebak ke kawasan pulau-pulau utama termasuk Manila, pihak berkuasa mengambil tindakan mengharamkan daging babi serta produk yang dihasilkan daripadanya diimport dari kawasan yang terlibat termasuklah seludup babi dari China.

Sumber: SCMP