
Satu Lagi Muzium Bersejarah Turki Ditukar Status Kepada Masjid
Satu lagi muzium bersejarah Turki ditukar status kepada masjid.
Selepas 85 tahun memegang status sebagai muzium, pengumuman pertukaran status Hagia Sophia sebagai masjid disambut dengan gembira oleh masyarakat Muslim seluruh dunia.
Terbaharu, satu lagi bagunan bersejarah Turki iaitu Muzium Kariye (Chora) diumumkan turut bertukar status kepada masjid oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam.
Bangunan yang berusia sekitar 1,000 tahun itu mempunyai sejarah yang hampir sama dengan Hagia Sophia; pernah menjadi sebuah rumah ibadat semasa pemerintahan Empayar Byzantine dan ditukarkan sebagai masjid selepas Byzantine ditumpaskan Empayar Uthmaniyah pada 1453 dan ditukarkan kepada muzium selepas Perang Dunia ke-2 berlaku.
Bahagian dalam bangunan dihiasi dengan lukisan dinding terbaik yang memaparkan ianya pernah ditawan oleh Empayar Byzantine selepas ianya dijadikan sebagai muzium. Namun sejajar dengan pertukaran status kepada masjid dan belakunya gempa bumi yang besar pada abad ke-12, hiasan tersebut terpaksa ditutup dan diubah.
Untuk pengetahuan anda kelulusan pertukaran status ini sudah pun dibuat sejak November tahun lalu, namun keputusan mengubahnya menjadi masjid dibuat selepas sebulan dari pertukaran status Hagia Sophia.
Pertukaran status Hagia Sophia menerima pelbagai respon daripada orang ramai. Namun ianya membawa kepada satu perubahan yang lebih baik iaitu, pelawat tidak lagi perlu membeli tiket untuk masuk melawat Hagia Sophia.
BACA: Hikmah Di Sebalik Hagia Sophia Kembali Sebagai Masjid, Masuk Percuma Untuk Semua Pelawat
Sebelum ini, pengunjung yang melawat ke sana perlu membeli tiket sebanyak 40 lira untuk masuk berikutan status elitnya sebagai muzium premium, namun statusnya sebagai masjid membenarkan orang ramai untuk memasukinya dengan kebebasan bersyarat sebagai menghormati bangunan tersebut sebagai rumah ibadah orang Islam.
Sumber: TRT World