Buli Siber Dalam Kalangan Sekolah

Satu Daripada Lima Pelajar Ponteng Sekolah Berpunca Daripada Buli Siber

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gejala buli merupakan isu melibatkan kegiatan seperti menghina, mengejek, menumbuk, memeras ugut serta memaki yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.

Namun, dunia serba canggih yang melampaui batasan sempadan fizikal membawa kehadiran masalah baru dalam masyarakat iaitu buli siber. Ironinya, di Malaysia masih ramai yang tidak mengetahui atau menganggap bahawa buli siber sebagai sesuatu yang serius.

Menurut laporan, tiga daripada 10 golongan anak muda Malaysia adalah mangsa buli siber yang memberi impak kepada pendidikan dan kehidupan sosial mereka dengan majoritinya mengalami masalah ini melalui aplikasi media sosial.

Statistik yang dikeluarkan oleh UNICEF dan wakil khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Henrietta Fore mengenai kesan buli terhadap kanak-kanak di 30 negara menyatakan bahawa satu daripada lima pelajar dilaporkan tidak hadir ke sekolah disebabkan oleh buli siber dan keganasan.

Tinjaun menunjukkan hampir tiga perempat orang muda berkata media sosial, termasuk Facebook, Instagram, Snapchat dan Twitter adalah platform yang paling biasa untuk membuli secara dalam talian.

Buli Siber Dalam Kalangan Sekolah
Sumber: Forbes

Di Malaysia, lebih daripada 5,000 responden yang menyertai kaji selidik itu, hanya 457 orang mengaku mereka pernah menggunakan teknologi platform digital untuk mengganggu atau membuli orang lain.

Data juga menunjukkan 63 peratus responden Malaysia tidak menyedari adanya perkhidmatan bantuan dalam talian bagi mangsa buli siber.

CARA HENTIKAN BULI SIBER:

1. Pelaksanaan dasar oleh kerajaan bagi melindungi kanak-kanak dan orang muda daripada buli siber.

2. Penubuhan talian bantuan negara untuk menyokong kanak-kanak dan orang muda berada dalam persekitaran selamat.

3. Memastikan etika dalam amalan penyedia rangkaian sosial khusus berkaitan dengan pengumpulan, maklumat dan pengurusan data terpelihara.

4. Pengumpulan bukti yang lebih baik sama ada mangsa dan pemangsa.

5. Latihan untuk guru dan ibu bapa bagi mencegah dan memberi tindak balas sekiranya mereka menerima laporan adanya buli siber di kawasan mereka.

Sumber: Harian Metro

 

Antara filem terbaik arahan Quentin Tarantino, yang paling tak boleh lupa Kill Bill lah.

Quentin Tarantino – Senarai Filem Arahan Terbaik Beliau

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.