
Sasar RM20 Juta, Kutipan Seminggu Filem Animasi ‘Ejen Ali: The Movie’ Kini Sudah Cecah RM13 Juta
Ditayangkan pada 28 November secara serentak di lebih 160 buah pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, filem animasi Ejen Ali: The Movie mencipta sejarah dengan mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.
Menerima reaksi positif daripada penonton, filem animasi hasil Primeworks Studios ini kemudiannya mencapai kutipan RM6.4 juta selepas tiga hari tayangan dan selepas seminggu, jumlah kutipan meningkat kepada RM13 juta.
Mendominasi carta GSC Top 10 Movies selama empat hari berturut, filem Ejen Ali: The Movie ini mengisahkan mengenai Ali yang berusia 12 tahun yang sudah diambil menjadi penyiasat bagi sebuah agensi perisikan dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA).
https://www.facebook.com/ejenali/photos/a.515780495176329/2621044177983273/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCCFgnZaej51p2SJJSPycS5QsFWjPxUnMACzv_KOPbn8Rj4sozBxFvQ4Fq134iR0x8K-y6FujBTiKBGjKcRwzu9evPc60Zt0ElD8N7fMruHZwtIN4_rSeIpJnhhduqrzjLmtyosnlLi4lD1EXqgNQ8Q9Ovxo2rBOKh_XuweR0CRHacYfotutFCgLdmoYiLOjU7Y-ihmFEOfU_XQ80IQ6QIsKOQOWjQQIYTdDIOEJsOD4EI8S7wdUAPxA_U0ixqd_ccIsXI4bq9FBeC4R1kLzi1_mbgcYBJNIf47_v1TWlNorE4AuoKw7y_Xcuzo8w9_bSUVRAZAgXSzqvmZJ7cOIinLpQ&__tn__=-R
Bukan sahaja ditonton oleh golongan kanak-kanak, filem ini turut berjaya menarik penonton daripada kalangan orang dewasa yang memberikan respon yang sama iaitu ianya adalah sebuah karya yang sarat dengan emosi, pengajaran dan mesej.
BACA: 2019 Saksikan Kebangkitan Industri Animasi Negara Setaraf Antarabangsa
Sebagai tanda terima kasih, pihak produksi Ejen Ali: The Movie telah menghadiahkan satu babak epik Ejen Ali dengan memuat turunnya di laman media sosial mereka.
Jika anda masih belum menonton filem ini, apa kata tonton dahulu trailer di pautan bawah sebelum menontonnya di pawagam hujung minggu ini.
Trailer 1:
Trailer 2:
Jangan lupa tonton juga OST Ejen Ali hasil nyanyian hebat daripada Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah yang bertajuk ‘Kita Jaga Kita’.
OST ‘Bukalah Matamu‘ – Aisyah Aziz, Bunga
Antara filem terbaik arahan Quentin Tarantino.
Neo Dan Trinity Kembali Dalam Sekuel Ke-4 ‘The Matrix’
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.