
Sasar Golongan Wanita Di Masjid, Orang Ramai Diminta Waspada Taktik Baharu ‘Kaki Pau’
Macam-macam cara orang nak buat duit dengan cara mudah sekarang ni, tanpa memikirkan soal halal, haram, dosa dan pahala.
Mencuri, merompak, menipu, meminta dan memberi rasuah, memuat naik kandungan keji dan lucah, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan serta berlaku di mana-mana sahaja pada setiap hari.
Di kawasan masjid misalnya, dilaporkan kini turut dijadikan kawasan untuk ‘mencari rezeki’ oleh golongan pemeras ugut atau ‘kaki pau’.
Melalui satu perkongsian yang dibuat di Facebooknya, Datin SharifahAdawiyah Zein Isma meminta orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berada di kawasan masjid pada bulan Ramadan ini.
Ini disebabkan oleh taktik baharu yang digunakan oleh golongan penipu yang kini aktif mengugut wang orang ramai di kawasan masjid seperti yang dialami olehnya ini.
“Assalamualaikum. Taktik kotor nak pau duit orang. Letak motor betul-betul dekat belakang kereta kita dan cakap kita langgar motornya. Pukul 8.30 malam tadi saya terkena di depan masjid Kg. Baru. 2 lelaki dan seorang perempuan ugut saya bayar ganti rugi kononnya saya melanggar motornya. Saya cakap kereta saya ada reverse camera dan sensor. Tiada kena mengena langsung saya langgar motor mereka. Saya cakap nak call polis dan suami saya siap solat baru mereka takut. Anak saya juga terkena last week. Dia terus call polis dan tiba-tiba lelaki yang ugutnya suruh bayar ganti rugi terus cabut lari. Terus call polis jika berlaku pada sesiapa.”
Di ruangan komen, beberapa orang lagi pengguna Facebook yang lain turut berkongsi cerita mereka yang pernah mengalami situasi dengan taktik yang sama.
“Waalaikumussalam Datin. Kes macam nilah sedang viral sekarang. Sis pun kena 3 hari lepas dekat simpang Taman Midah, Cheras. Dia tak sempat nak ugut sebab sis terus call polis.” – Nadya Nafisah
“Saya pun pernah terkena juga mereka kasar”. – Ismail Rosiah
“Berhati-hatilah selalu… wife saya pun dah terkena.” – Mustafa Mohd
Sumber: Facebook SharifahAdawiyah Zein Isma
Trending now



