
Saranan Persekutuan Majikan Supaya Graduan Lebih Fleksibel Pilih Pekerjaan Undang Kritikan
5 Jun lalu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan ada mengeluarkan saranan agar pelajar Institut Pengajian Tinggi berfikir di luar kotak untuk berjaya dalam dunia pekerjaan pasca COVID-19.
BACA: Jumlah Pengangguran Di Malaysia Meningkat Kepada 2.05 Juta Sepanjang Wabak COVID-19
Beliau turut menyarankan agar golongan pelapis masa hadapan ini lebih fleksibel dalam memilih bidang pekerjaan sebagai contoh graduan yang mengambil bidang sains tidak sepatutnya terhalang untuk menjadi seorang pengusaha produk digital.
Kenyataan saranan yang dibuat dalam temu bual eksklusif bersama Rancak TV pada Khamis lalu juga ada menyebut mengenai graduan ‘perlu menerima apa jua cabaran yang datang dan membuat sesuatu yang kita tidak mimpikan langsung untuk membuatnya’.

Meskipun niat Shamsuddin hanya mahu menasihati anak muda supaya tidak berputus asa dan melihat COVID-19 sebagai satu cabaran positif, ianya tetap mengundang rasa kurang senang daripada graduan.
Antara luahan yang dapat dilihat adalah sudah ramai graduan yang bekerja di luar bidang kerana kekangan peluang pekerjaan yang ada antaranya tidak cukup pengalaman dan ketiadaan kekosongan susulan jawatan masih lagi dipegang oleh pekerja veteran.
1. Ramai dah graduan yang kerja luar bidang.
2. Ramai juga yang berbisnes mikro/PKS.
2. Yang tua bangka tak produktif tu bila nak berhenti?
3. Kenapa yang tua2 bangka tu tak keluar dan buat company sendiri, sediakan peluang pekerjaan. CAKAP BANYAK SANGAT PENGALAMAN & NETWORK.— Riduan A.dullah (@RiduanAdullah) June 6, 2020
Isu ini bukanlah satu isu baharu sebenarnya. Sudah ramai graduan yang bekerja di luar bidang mereka kerana ketidakmampuan pasaran pekerjaan bagi menampung jumlah lepasan yang terlalu ramai.
Benda ni dah lama berlaku, even sekarang pon ramai jer yang kerja dalam bidang yang jauh lari dari apa yang mereka belajar. Sebagai contoh amik engineer keje agent takaful. Pasaran dah tak dapat nak penuhi jumlah lepasan yang terlalu ramai. Now keje hanya untuk hidup jer
— Daddi 🇲🇾 (@RifdiAmri) June 5, 2020
Asyik salahkan graduan
Bukan ada org buat study ke 2 thn lepas yg memang majoriti lepasan ipt bekerja luar bidang dah pun. So argument ni hambar. Asyik asyik salah diorg. Asyik asyik suruh tambah kemahiran. Gaji still dok takuk lama
— Jiji 🇲🇾 (@Jiji8526) June 5, 2020
Bunyi macam sia-sia
Kelakarla. Bunyi macam sia2 je belajar tinggi2. Perah otak utk dapatkan sekeping sijil last2 kerja buruh. Bukan takde jawatan kosong, berlambak jawatan kosong. Kenapa simpan lagi geng2 tua yg akan pencen. Bagi orang muda masuk kerja pulak.
— aishah (@kaklong495) June 6, 2020
Ada juga yang menyentuh mengenai kemahuan pasaran yang mahukan graduan untuk miliki pelbagai kemahiran namun kadar gaji yang ditawarkan masih lagi berada di takuk lama.
Demand tak ingat dunia tapi gaji macam hidup zaman batu. pic.twitter.com/eQbqtTxL2F
— 🦋 (@lilichaenisoo) June 6, 2020
Jobstreet baru-baru ini mendedahkan lima senarai industri yang masih mencari pekerja meskipun wabak pandemik COVID-19 melanda dunia.
Baca lanjt di JobStreet Dedah Senarai 5 Industri Yang Tetap Cari Pekerja Meskipun COVID-19