Serai Ganti Straw 6

Saran Ganti Straw Dengan Serai, Ini Reaksi Lucu Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kempen anti penyedut minuman plastik atau straw plastik kini semakin lantang diperkatakan dan diperjuangkan di Malaysia.

Dimulai dengan ‘pengharamannya’ di beberapa wilayah di Malaysia seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan, ramai daripada rakyat Malaysia sudah mula menyahut cabaran ini dengan memiliki straw besi sendiri.

Malah kedai-kedai besar seperti IKEA, McDonalds, KFC dan sebagainya pun hanya menyediakan penyedut minuman di atas permintaan.

Serai Ganti Straw 7

Manakala Tealive dan beberapa cawangan kedai minuman hanya akan menggunakan penyedut minuman kertas yang boleh dikitar semula.

Jika sebelum ini, tanaman yang digunakan sebagai alternatif straw plastik ialah kangkung, baru-baru ini pula Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa menyarankan agar menggunakan serai dari jenis buluh sebagai pengganti kepada straw.

Serai Ganti Straw
Sumber: MalaysiaKini

Menurut beliau, penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baharu dan sebagai permulaan, semua kafe di KAD telah diwajibkan untuk mengaplikasinya.

Penggunaan serai sebagai straw ini juga akan diperluaskan ke kafe-kafe hospital termasuk kepada pesakit antaranya di Hospital Sains Malaysia (HUSM).

Serai Ganti Straw 4
Sumber: Rojak Daily

Untuk menampung keperluan alternatif ini, KADA telah memperbanyakkan tanaman di sepanjang tebing tali air KADA yang mana kini sudah dianggarkan ditanam lebih daripada 10,000 rumpun di Kampung Padang Halban.

Tambah beliau, pihak KADA bersedia untuk membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan tersebut.

Walaupun dengan niat mahu selamatkan alam, saranan Datuk Husam ini telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Tekan-tekan nak ambil straw keluar serai.

Serai Ganti Straw 1
Sumber: FB Tentera Bawang Malaysia

Bayangkan minuman coklat rasa serai.

Serai Ganti Straw 2

Geliga lain macam.

Serai Ganti Straw 3

Pendapat anda bagaimana pula?

Sumber: Harian Metro,