Lelaki Temui Ajal Parti COVID-19

Sangka Wabak Sekadar Palsu Dan Tak Berjangkit, Lelaki Temui Ajal Selepas Hadir Ke Parti COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lelaki Temui Ajal Selepas Hadir Ke Parti COVID-19.

Dunia hari ini mengetahui Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang paling terjejas teruk susulan penularan pandemik COVID-19 dengan mencatatkan keseluruhan 3.4 juta kes positif dan angka kematian sebanyak 137,000 orang.

Kerisauan yang melanda AS hari ini ialah kerajaannya tetap membuka semula ekonomi seperti pusat pelancongan taman tema Disney World di Florida dan dalam masa yang sama di wilayah itu sahaja sudah mencatatkan 15,000 kes baharu – satu rekod tertinggi bukan sahaja di AS malahan tidak pernah dicapai mana-mana negara di dalam dunia.

Tidak pasti bagaimana rakyat di negara kuasa besar dan maju ini berfikir dan memahami tentang pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Baru-baru ini, seorang lelaki maut dijangkiti wabak COVID-19 selepas menghadiri ‘parti COVID-19’ yang dianjurkan pesakit wabak tersebut.

Lapor ABC News, Ketua pegawai perubatan, Dr Jane Appleby dari Hospital Methodist di San Antonio, Texas di Amerika Syarikat (AS) berkata, lelaki berkenaan menghadiri parti itu kerana ingin kepastian sama ada benar Covid-19 ini berjangkit atau tidak.

“Saya fikir saya telah buat kesilapan. Saya ingatkan ia main-main, tapi tidak,” kata-katanya yang terakhir sebelum meninggal dunia.

Menurut Dr Jane Appleby menerusi kenyataan berkata, lelaki berusia 30 tahun itu memberitahu jururawat mengenai parti tersebut yang dikatakan dianjurkan seseorang yang menghidap Covid-19.

“Ideanya adalah semua orang berkumpul bersama untuk melihat sekiranya virus itu adalah benar dan sekiranya boleh dijangkiti,” kata Dr Appleby.

Dr Appleby berkongsi kisah tersebut bukan untuk menakutkan orang ramai, tetapi untuk memastikan mereka memahami bahawa virus tersebut boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

Beliau menambah, kebanyakan kes COVID-19 di hospital itu membabitkan golongan yang berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an. Kebanyakan golongan muda yang dijangkiti COVID-19 tidak mengambil serius virus itu memandangkan mereka tidak menunjukkan simptom yang ketara.

Lelaki Temui Ajal Parti COVID-19

Salah seorang pakar bedah AS, Julie Miller berkata Malaysia menjadi contoh negara terbaik apabila pemimpin atasan mendengar pandangan sains dan bukan berpaksikan politik dalam isu pandemik itu.

Kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya turut memuji kebijaksanaan dan kerja keras Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sumber: NST