
Sangat Wajar Dicontohi, Ini Cara Kerajaan Türkiye Bantu Meringankan Beban Rakyatnya
Seluruh dunia kini dilihat sudah mula terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi yang mempengaruhi nilai mata wang, harga barang dan juga taraf hidup rakyat.
Di Türkiye, kerajaannya turut bertungkus lumus untuk cuba meringankan beban rakyatnya dengan memperkenalkan beberapa inisiatif yang wajar dicontohi oleh negara-negara yang lain.
Berbekalkan pengalamannya yang tinggal di Istanbul, Türkiye selama 10 tahun, Said Imaddudeen telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi membawa rakyat Malaysia untuk sama-sama memahami serta menilai sendiri bagaimana hebatnya kerajaan Türkiye menangani ancaman hiperinflasi dengan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyatnya.
Di Türkiye ni, semua barang naik harga 1-2 kali lipat sejak akhir tahun lepas. Hyperinflation bak kata orang, bukan tak perit…memang perit la untuk rakyat tempatan, harga barang naik, mata wang jatuh….tapi Alhamdulillah rakyat Türkiye masih bertahan.
Tak kurang juga inisiatif kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat tempatan.
Gambar yang saya sertakan ni salah satu inisiatif kerajaan Türkiye, iaitu “Kent Lokantasi” iaitu Restoran Bandaraya.
Makanan yang disediakan semua lengkap untuk diet harian.
Ada sup, bijiran@makanan asas, sayuran, protein, manisan dan air. Hanya 29TL (RM7-8/meal).
Banyak lagi inisiatif kerajaan dalam memerangi inflasi dan ujian post Pandemik. Dari “Askida Ekmek” yang diamalkan sejak sekian lama, adanya “Askida Fatura”….boleh cuba Google apa maknanya.
Pasaran-pasaran jual barangan asas pada harga murah.
Selain bantuan mata wang, sebenarnya ada banyak cara untuk kerajaan membantu meringankan beban rakyat. Bukan sekadar menaik turunkan interest atau memberi subsidi.
Pada masa yang sama, gaji asas dah dinaikkan almost 100% berbanding tahun lepas, yang kena mulakan adalah kerajaan sendiri, diikuti oleh syarikat swasta.
Türkiye pulak, melalui pimpinan RTE (Recep Tayyip Erdoğan) mengambil polisi kewangan yang melawan arus dunia, di tempat lain semua sibuk naikkan interest, di sini setiap bulan interest diturunkan 100bps, target dia 1 digit interest by next year.
Hidup dekat Türkiye ni tak mudah, memang sentiasa je kena berlari dan menambah baik diri.
10 tahun dekat sini, sewa, harga barang, bil mesti naik tak henti-henti. Tapi business dan potensi diri pun kena naikkan dari masa ke masa 🙂
BACA: Turki Secara Rasmi Tukar Nama Kepada Türkiye, Elak Disamakan Dengan Ayam Turki
Sumber: Said Imaddudeen