Sambutan Hari Lahir Bertukar Tragedi Dipercayai Berpunca Daripada Belon Hidrogen 2

Sambutan Hari Lahir Bertukar Tragedi Dipercayai Berpunca Daripada Belon Hidrogen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sambutan hari lahir pastinya lebih meriah dengan kehadiran belon dan kek. Namun dalam sambutan tersebut ada beberapa perkara yang perlu orang ramai ambil tahu supaya perayaan gembira tidak bertukar menjadi tragedi.

Tular di laa Twitter, video dari TikTok yang memaparkan momen sekumpulan pemuda pemudi yang mahu melakukan kejutan hari lahir rakannya berakhir tragedi apabila api daripada lilin menyambar belon dan menyebabkan api meledak.

https://twitter.com/republikvideo/status/1301053483039076352

Insiden kebakaran ini bukanlah sesuatu yang baharu. Di dunia sudah banyak kejadian belon terbakar dilaporkan hasil daripada sambutan hari lahir.

Sambutan Hari Lahir Bertukar Tragedi Dipercayai Berpunca Daripada Belon Hidrogen

Untuk pengetahuan anda, gas helium tidak boleh menyebabkan kebakaran, dan kebanyakan kes kebakaran yang terjadi adalah disebabkan oleh gas hidrogen.

Gas hidrogen mudah terbakar apabila terdedah kepada api atau percikan api. Malah tanpa diduga, keadaan lebih buruk boleh berlaku seperti letupan dan kecederaan.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2432419377047920?__cft__[0]=AZXvN8uTvKZwuGl2pmD5zSeFzPrrXYNdzjJ8gUFjff_ucdD9M9aaRpKABtb7KnVp9Ang_krQDt86L88G394GVq_6F5cWrfwaoxTH_ZOhnzAKaWEwPFHXcvKzAnzIQ228cIiFvzTxJmwYaV-0qDAFTbzGE05rGPKGMgmEuvwJ_rByPg&__tn__=%2CO%2CP-R

Kebiasaannya dijual dengan harga yang jauh lebih murah, ramai lagi sebenarnya tidak tahu gas hidrogen boleh menyebabkan berlakunya kebakaran kerana keduanya memiliki sifat fizikal yang serupa.

Kos pemprosesan dan mudah didapati menjadikan harga gas hidrogen jauh lebih rendah berbanding helium. Malah kalau nak tahu perbezaan harga keduanya boleh mencapai sehingga tiga kali ganda!

Antara kisah gembira yang bertukar menjadi tragedi baru-baru ini ialah apabila sebuah keluarga yang tinggal di bandar Texas menganjur majlis makan-makan dan perjumpaan kecil bagi meraikan tamatnya perintah berkurung.

BACA: Majlis Makan Raikan Tamat ‘Lockdown’ Berakhir Tragedi Selepas 14 Ahli Keluarga Positif COVID-19

Pertemuan tersebut bagaimanapun berakhir dengan tragedi selepas 14 orang daripada mereka yang menghadiri majlis makan malam itu disahkan positif COVID-19.