
Sambutan Hambar Jadi Punca Tajuk Filem ‘Birds Of Prey’ Dipendekkan
Sambutan hambar filem Birds of Prey and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn’s di pasaran Amerika Syarikat telah menyebabkan Warner’s Bro menukarkannya kepada tajuk yang lebih pendek.
BACA: Tonton Trailer Rasmi ‘Birds Of Prey’, Lakonan Margot Robbie Sebagai Harley Quinn
Kini dikenali sebagai Harley Quinn: Birds of Prey, filem ini dikatakan hanya mampu mengaut kutipan sebanyak USD33.2 juta berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu USD45 hingga USD55 juta selepas seminggu ditayangkan.
Khuatir sambutan hambar ini akan memberikan kesan kepada kutipan terutama pada minggu kedua yang akan menyaksikan tayangan beberapa filem hebat seperti Sonic The Hedgehog penukaran nama ini juga adalah disebabkan beberapa isu antaranya ialah Pengoptmuman Enjin Carian (SEO).
Walaupun mendapat rating yang tinggi daripada laman pengkritik filem, Rotten Tomatoes, Warner Bros percaya dengan memedekkan tajuk filem ianya akan memudahkan orang ramai untuk mencari filem ini di laman sesawang.
Dibintangi oleh Margot Robbie sebagai Harley Quinn, dalam filem ini penonton akan melihat transformasi Harley Quinn yang mengetuai kumpulan anti-hero tanpa kehadiran Joker di sisinya.
2 Oktober lalu, Warner Bros. Pictures baru sahaja melancarkan trailer pertama untuk filem Birds of Prey. Merupakan filem spin off Suicide Squad yang mana ia mengetengahkan supervilian wanita, Harley Quinn lakonan berkarisma Margot Robbie.
Sumber: The Verge