
Sambutan Halloween Di Arab Saudi: Umat Islam Sebenarnya Tak Perlu Gelisah
Baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi dikecam teruk oleh masyarakat Islam di seluruh dunia gara-gara sambutan pesta Halloween besar-besaran yang diadakan di Riyadh.
Meskipun jarak di antara Riyadh dan kota suci Mekah dan Madinah terletak sejauh kira-kira 800km, namun tindakan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi yang membiarkan upacara seperti itu disambut dengan meriah dilihat agak melampau dan mengguris hati ramai umat Islam.
Walau bagaimanapun, menurut seorang pengguna Facebook Jaffri Ahmad, mereka yang beragama Islam sebenarnya tidak perlu pun gelisah dengan insiden seperti ini.
Kenapa agaknya beliau berkata demikian? Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang dibuat di laman Facebooknya ini.
Ramai orang Islam gelisah apabila Arab Saudi sambut Halloween. Halloween adalah sambutan meraikan roh di kalangan penganut Kristian di Barat. Sama lebih kurang seperti Bon Odori di Jepun.
Jadi, kenapa umat Islam gelisah bila Halloween disambut di Saudi?
Pertamanya sudah tentulah kerana Saudi itu adalah negara Islam. Namun dalam hal ini jangan lupa bahawa di Saudi ada leluhur Arab-Nasrani sejak sebelum lahir Islam lagi. Mungkin sambutan itu ditaja oleh golongan Arab beragama Kristian. Jadi.. itu sudah cukup memberi satu point untuk umat Islam agar tak rasa gelisah. Takda isu jika yang nak sambut itu ialah Arab beragama Kristian. Itu hak dia.
Kedua, sambutan Halloween tu berjalan di Riyadh, Saudi. Bukan Mekah atau Madinah. Kenapa tak perlu gelisah bila ia disambut di Riyadh. Ada hadis tentang Nabi saw mendoakan keberkatan untuk Syams (Madinah) tetapi tidak untuk Najd (nama kuno untuk Riyadh). Boleh Google.
Bila dah baca hadis tersebut maka sewajarnya kita boleh faham mengapa boleh terjadinya sambutan Halloween di Riyadh. Maka bagi penganut Islam berbangsa non Arab adalah penting untuk faham bahawa kita ikut Islam bukan ikut pak Arab. Dan Arab bukan semua Islam. Pak Arab yang pakai jubah dan lilitan kepala bukan semesti Islam. Bahkan Arab yang Islam tu pun bukan semua betul ikutannya. Kita ada ulama dan panduan dan kita sendirilah yang wajib mencari yang betul.
Ok. Seterusnya. Isu ini bukanlah tentang mengatakan Halloween itu sesat. Penganut Kristian tidak perlu tersinggung. Islam telah menetapkan bahawa “Bagimu agama mu”. Hal ini adalah isu tentang kegelisahan orang Islam namun seperti yang dinyatakan di atas, orang Islam tak perlu gelisah pun.
Mengapa tak perlu gelisah?
Kerana dalam hal ini yang lebih penting ialah orang Islam sendiri dapat memahami mengapa mereka ditegah menyambut Halloween (ia sama sebagaimana mengapa Islam tak izinkan sambut Valentine’s Day).
Jadi, mengapa orang Islam tak sesuai sambut Halloween?
Sebab, Islam sendiri dah ada konsep terhadap hidup selepas mati. Life after death. Kita diajarkan bahawa ada alam barzakh. Kita dituntut semasa masih hidup ini mengejar amal ibadah jariah agar berjaya di alam barzakh.
Dan sekalipun kalau seseorang itu bernasib tidak baik, menjadi warga alam barzakh yang diseksa (jika berdosa semasa hidupnya), ia BUKANLAH ALASAN untuk para roh itu diraikan mengikut lunas Halloween. Kenapa?
Kerana mereka itu adalah CALON yang berdepan kemungkinan dimasukkan ke neraka. Bukan soal main-main ni, neraka tu.. aduhai.
Islam mengajar si waris (khasnya anak-anak) dan para keluarga serta sahabat berusaha menyelamatkan si mati melalui doa memohon keampunan Allah swt ke atas mereka. Lain kan konsep yang Islam ajarkan?
Ok laa.. kut rasa tak setuju, cuba bayangkan kalau kita sendiri yang berada di Barzakh, apa yang kita nak agaknya.. HELLFIRE IS A VERY SERIOUS MATTER.
Finally. Bila kita cakap pasal roh, hantu, spirit.. semua tu mesti related dengan apa? Dengan MATI kan?
Jadi bila sebut mati, Islam ajar kita bahawa mati itu adalah pintu masuk ke barzakh – GATEWAY to the HEREIN AFTER. so.. memang tak rasa apa apa kah nak lalui fasa kematian tu? Death is not the end. Infact, YOUR REAL JOURNEY HAS JUST BEGUN.
Kut tak rasa apa apa juga eh.. Paling tidak pun gini lah. Mati tu ialah momen kita BERTEMU IZRAIL a.s dan tak lama lepas selesai pengebumian seterusnya kita BERTEMU MUNKAR & NAKIR a.s pula..
BIG MOMEN tu!
Hangpa masuk interview kerja pun dah kecut.. apa lagi kut pernah masuk bilik gelap soal siasat PDRM ke SPRM ke… Ini kan pula malaikat, biar betui tak takut?
So, sebagai orang Islam boleh je kalau nak rasai kemeriahan sambut Halloween. Asalkan hangpa rasa dah ready nak jumpa tiga malaikat besar itu dan yakin dah kematian hangpa cukup sempurna untuk meneruskan kehidupan di negeri abadi di GREEN LANE.
Apa pun, takziah kepada keluarga 149 mangsa tragedi rempuhan maut di Itaewon, Korea. Kasihan mangsa. Awalnya mereka pergi ke sambutan itu untuk meraikan ‘ghosts and spirits’ tu. Tiba tiba.. mereka dapati diri mereka juga sudah berada bersama kalangan spirit of the deads. Tak tahu bagaimana perasaan mereka. Terkejut. Tak ready terima hakikat itu. Wallahua’lam.
Semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan Allah swt dalam menghadapi kematian.
Nota – Ditulis oleh bukan Ustaz atau Daie atau PU. Sekadar menyampaikan tanggungjawab sesama hamba.
BACA: Malam Halloween Bertukar Tragedi, Lelaki Berkostum ‘Joker’ Cederakan Orang Ramai & Bakar Tren
Sumber: Jaffri Ahmad