Saman Tetap Saman, Peguam Mangsa ‘Body Shaming’ Eira Azira Akan Sediakan Skrip Jika Beliau Mahu Mohon Maaf

Saman Tetap Saman, Peguam Mangsa ‘Body Shaming’ Akan Sediakan Skrip Jika Usahawan Tular Mahu Mohon Maaf

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Saman tetap saman.

Minggu lalu, tular di media sosial perlakuan seorang ushawan tular, Eira Azira di laman media sosial yang menyamakan bentuk tubuh seorang wanita dengan sejenis haiwan dalam satu hantaran video yang dipenuhi dengan kata-kata tidak manis.

BACA: Plot Twist Isu Body Shaming Buktikan Bahawa Sebenarnya Bumi Itu Bulat – Netizen

Tidak lama kemudian, usahawan tersebut telah memuat naik sebuah hantaran video permohonan maaf secara terbuka kepada dua individu yang terlibat dalam isu tersebut.

Beliau secara terbuka mengakui telah melakukan penghinaan yang berunsurkan body shaming yang mana telah dimaktubkan sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Akta Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Body Shaming Jenayah

16 Setember lalu, pihak mangsa yang dikenali sebagai Suharnizan Md Sidek, seorang Pesuruhjaya Sumpah telah mengambil tindakan laporan polis susulan daripada tindakan body shaming yang dilakukan Eira dengan tujuan memberikan pengajaran walaupun sudah terdapatnya permohonan maaf daripada pihak satu lagi.

https://www.facebook.com/Eiraazieralegacyholding/videos/353186952375686

Saman tetap saman.

https://www.facebook.com/ViralMediaMalaya/posts/1602999473241827

Dalam kenyataan hari ini, pihak yang mewakili mangsa menyatakan ketetapan mereka tetap dengan keputusan untuk mengambil tindakan saman sivil kepada usahawan tersebut.

“Perkara ini memberi kesan kepada mangsa (Suharnizan). Memang nampak dia (Eira Aziera) ada buat permohonan maaf melalui Facebook, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah selama lebih lapan minit.

Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya.”