Samakan Virus COVID-19 Seperti Isteri Yang Memberontak, Menteri Keselamatan Indonesia Teruk Dihentam

Samakan Virus COVID-19 Seperti ‘Isteri Anda’, Kenyataan Menteri Keselamatan Indonesia Teruk Dikritik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Samakan virus COVID-19 seperti isteri memberontak, hajat awal Menteri Keselamatan Indonesia, Mohammad Mahfud MD yang sekadar mahu berlawak menyebabkan beliau teruk dihentam masyarakat.

Kenyataan yang sepatutnya meredakan kebimbangan orang ramai terhadap pelonggaran sekatan kawalan pergerakan sebaliknya telah menyebabkan masyarakat marah.

Menerima kecaman daripada kumpulan hak asasi wanita dan pengguna media sosial, ucapan Mohammad Mahfud secara dalam talian kepada sebuah universiti tempatan awal minggu ini dikatakan sebagai seksis.

“Pada satu hari tu, saya terima ‘meme’ daripada rakan sekerja saya yang mengatakan:

Korona itu seperti isteri kamu. Awalnya kamu cuba mengawalnya, tetapi kemudian sedar tidak dapat berbuat demikian. Justeru kamu belajar untuk menyesuaikan diri kepadanya.”

Kumpulan tersebut melihat kenyataan Mahfud samakan virus COVID-19 sebagai isteri yang memberontak mencerminkan kegagalan kerajaan Indonesia dalam menyelesaikan masalah pandemik COVID-19 yang menular dengan meluas di seluruh Indonesia dengan catatan kes terkini sebanyak 26,473  dengan kadar kematian sebanyak 1,612 dan jumlah sembuh seramai 11,386.

Menteri Indonesia sebelum ini sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi antaranya kenyataan daripada Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto pada pertengahan Februari yang mendakwa tiada jangkitan COVID-19 di Indonesia adalah kerana doa rakyatnya.

Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia Samakan Virus COVID-19

Pada ketika itu, Terawan yang ‘terguris’ telah menafikan sekerasnya dakwaan satu kajian akademik dari Universiti Harvard bahawa Indonesia tidak mempunyai kelengkapan yang cukup dalam menangani wabak pandemik ini.

Mencatatkan peningkatan kes kematian setiap hari, China berjanji akan membantu Indonesia dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 dengan menghantar kakitangan perubatan yang berpengalaman, kit ujian serta pendidikan.

Pernah disifatkan sebagai bom jangka ASEAN, Indonesia juga pernah mencetuskan kebimbangan dunia apabila tidak lagi mencatatkan kes sedangkan republik tersebut sangat bergantung kepada pelancongan China bagi menjana ekonomi negara.