
Salon Caj Harga Lebih Mahal Untuk Pelanggan Tinggi Dan Berambut Panjang
Sebuah salon kecantikan dikecam teruk selepas memuat naik harga yang dikenakan kepada pelanggan untuk servis potong rambut di kedai mereka.
Jurugaya rambut yang tidak dikenali berkongsi di Instagram story memberitahu sesiapa yang berketinggian lebih 5 kaki 8 inci atau sekitar 176cm dengan kepanjangan rambut melebihi tali pakaian dalam mereka harus membayar caj tambahan.
“Sila ambil perhatian, harga adalah tertakluk pada perubahan. Jika anda tidak jujur tentang kepanjangan rambut anda, atau mana-mana aspek lain, kadar bayaran mungkin akan berubah semasa sesi temu janji.
Jika anda berketinggian 5 inci 8 kaki dan ke atas, caj tambahan akan dikenakan, jika panjang rambut anda sama paras atau melebihi daripada tali pakaian dalam anda, turut akan ada caj tambahan.
Jika ukuran rambut anda tidak tepat seperti yang anda jadualkan semasa tempahan, anda mungkin akan dicaj dengan caj tambahan.
Gambar rambut semasa anda adalah diperlukan semasa tempoh konsultasi.”
Peraturan salon ini amat membingungkan dan dipercayai sebagai skim untu mendapatkan keuntungan berlebihan. Selain itu, ianya juga dianggap sebagai diskriminasi kepada kumpulan tertentu; tidak ada kaitan antara ketinggian seseorang dan kepanjangan rambut.
Are Hair Stylists expecting too much from their clients?
An anonymous Hair Stylist has put a height restriction on her clients and we’re not just talking about hair.
Thoughts? 👩🏾🦰 pic.twitter.com/kvMBuCrY60
— www.hairadvisor.co 👩🏾 (@HairAdvisorUK) April 9, 2019
Ada juga salon seperti Rococo Organic Salon yang menawarkan khidmat memotong rambut dengan harga £50 (RM232.72) kerana hanya menggunakan produk vegan. Penambahan kadar £5 (RM23.27) hingga £10 (RM46.55) juga akan dikenakan mengikut ketebalan dan kepanjangan stail rambut pelanggan.
Caj juga akan dikenakan untuk pelanggan yang mahukan khidmat mewarna rambut dan ianya bergantung kepada sebanyak mana yang mereka gunakan.
2,000 orang pemilik salon di UK percaya kadar caj mahal dikenakan untuk khidmat potong rambut adalah sebagai satu pelaburan bagi membolehkan mereka merangkumkan semua kos-kos yang telah digunakan.
Sumber: Metro UK