
Salman Khan Kembali Beraksi Dalam ‘Radhe: Your Most Wanted Bhai’
Salman Khan kembali beraksi.
Salman Khan merupakan antara pelakon Hindi yang memiliki peminat dari seluruh pelusuk dunia.
Bakat lakonannya yang menjadi menyebabkan beliau tersenarai sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi di sana.
BACA: Filem ‘Master’ Bakal Diadaptasi Kepada Versi Hindi, Salman Khan Sebagai Hero
Salman Khan bakal kembali beraksi dengan filem Radhe: Your Most Wanted Bhai, iaitu sekuel kepada filem Wanted (2009) yang merupakan remake kepada filem Korea Selatan The Outlaws.
Menampilkan Disha Patani, Randeep Hooda dan Jackie Shroff sebagai barisan pelakon utama, filem penuh aksi ini mengisahkan mengenai Radhe, seorang anggota polis yang mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan kes jenayah.
Bakal ditayangkan di pawagam India dan beberapa platform lain, tonton trailer filem ini di pautan bawah:
Sebelum ini, nama Salman Khan dikaitkan dengan filem Master yang katanya bakal diadaptasi kepada versi Hindi.
Penerbit Kabir Singh, Murad Khetani dan Endemol Shine dilaporkan berminat untuk menghasilkan adaptasi dalam versi Hindi dengan Salman Khan sebagai salah seorang pelakon yang akan menerajui adaptasi filem berkenaan.
Menurut media Pinkvilla, Salman Khan dilaporkan berminat dengan konsep filem dan menunjukkan minat dan menanti skrip penuh yang disesuaikan dengan penonton Bollywood.
Semasa ditanya apa yang ada pada Salman, penerbit mendedahkan aura dan personaliti yang beliau miliki sesuai dengan konsep cerita dan kehendak para pembuat filem.