
Salahkan Wanita Sebagai Punca Pandemik COVID-19 Di Pakistan, Ketua Kumpulan Agama Mohon Maaf
Ketua kumpulan agama Pakistan, Maulana Tariq Jameel dikecam hebat apabila telah mencetuskan sentimen gender dengan ‘salahkan’ wanita penularan wabak COVID-19 yang berlaku di Pakistan adalah berpunca daripada wanita.
Maulana yang membuat kenyataan tersebut semasa sesi telefon siaran khas bersama Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang bertujuan untuk kutipan dana pada minggu lalu menyentuh mengenai bagaimana mereka dihukum apabila melanggar etika kod pemakaian yang ditetapkan dalam Islam.
“Siapa yang merobohkan kesopanan di negara saya? Siapa yang membuatkan anak perempuan menari? Siapa yang memendekkan pakaian mereka? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan?”
Menimbulkan kemarahan pengguna media sosial, Maulana dikritik hebat kerana memainkan isu gender dan menafikan bahawa kaum lelaki Pakistan yang sebenarnya menjadi punca utama wabak berkenaan ditularkan dengan meluas di sana.

Wabak COVID-19 menular dengan meluas di Pakistan adalah berpunca daripada kluster perhimpunan yang menghimpunkan lebih 100,000 orang pada Mac lalu selepas kes pertama dicatatkan di negara tersebut.
Sudah melakukan permohonan maaf, Maulana memberitahu kenyataan mengenai hal berkenaan sudah diputar belit oleh pihak media yang berniat jahat dan mengakui ketelanjurannya dalam berbicara.
https://www.facebook.com/MulanaTariqJameelOfficial/photos/a.213332708856040/1319256464930320/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAaj_WMogZHLpA67Y2BnsWRaqmge3lE60xGwxHV9k5IORPEDMyHUulC9Ugn38aweyH7LQPeprPfw1g9H-ghotuNW4WcYn6t63aIeKzrs-0aCsvavtAhx5vf1s7VLG2MmjZ5UCWoNVMcK6OyY-iT2yxM_YRWCf3rqRxr5Uhzmmqwc7Lx73FnIRXzgvy2W5SmJ_Ce9ffua1xpWYZuHaU-h1M4KY0DKykOo80q-JcLk_SUKQdjaHSmN_zo4yiBf3MeZvAJ-IZj7fco3RHDNDUNdT2FRMFLSz-fKxrau0nD6wS0WGZo6FRSydhYdx6x4WFjAeyjJ-bhOuFpruePfsT2Raa2Pg&__tn__=-R
Maulana merupakan ahli Tabligh Jamaat dan seorang pendakwah terkenal yang mempunyai kumpulan pengikutnya yang tersendiri. Di laman YouTube sahaja, beliau mempunyai seramai 3.5 juta pengikut.
Pakistan merupakan salah sebuah negara di Asia Selatan yang terkenal dengan penindasan terhadap wanita terutamanya di kawasan luar bandar antaranya menafikan hak wanita dalam memilih pasangan, hak untuk melahirkan dan hak untuk mendapatkan pendidikan.
BACA: Dipaksa Gugur Kandungan, Wanita Uighur Turut Dikerah Sebagai Buruh Kasar Untuk Parti Komunis
Berdasarkan daripada data jaringan Kesedaran Keganasan Berasaskan Kehormatan, sekurang-kurangnya 1,000 orang wanita menjadi mangsa kepada pembunuhan terhormat (honor killing) di Pakistan pada setiap tahun. Malah kaum wanita di Pakistan juga berdepan dengan beberapa isu keganasan termasuklah pencabulan kehormatan tanpa rela, keganasan domestik dan serangan asid.
NOTA: Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Trending now



