
‘Salah Seorang Positif Ganja’ – Dua Pelajar Wanita Ditahan Palsukan Borang Rentas Negeri
Gara-gara memalsukan borang rentas negeri, dua pelajar wanita sebuah kolej swasta telah ditahan dalam satu pemeriksaan Sekatan Jalan Raya (SJR) Tol Bentong.
Palsukan borang rentas negeri
Masing-masing berusia 22 tahun termasuk salah seorang positif dadah jenis ganja telah memasukkan maklumat palsu mengenai kolej pengajian mereka.
Dalam pemeriksaan yang dilakukan di SJR itu, kedua-dua wanita tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan menaiki kenderaan sama.
Anggota bertugas di situ meragui kesahihan borang dikemukan mereka apabila mendapati cap dan tandatangan ketua balai yang meluluskan borang berkenaan atas alasan menghadiri kelas adalah palsu yang dihasilkan dengan menggunakan mesin pengimbas.

“Polis turut menemukan salinan borang kosong dengan tandatangan palsu dikatakan milik ketua balai polis di telefon pintar seorang daripada suspek, yang dipercayai digunakan bagi menghasilkan borang rentas negeri itu.
“Ujian saringan air kencing ke atas suspek telah dijalankan dan salah seorang positif ganja,” kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar.
Menurut sumber, kedua-dua pelajar berkenaan menulis borang berkenaan dengan alasan untuk memindahkan barang dan hadir kelas di Sunway University tanpa tiada cop rasmi balai dan nombor siri serta cop imbasan melalui komputer.
Kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan pemalsuan bagi maksud hendak menipu, Seksyen 471 KK menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Manakala pelajar yang didapati positif ganja itu pula turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
BACA: Pasangan ‘Instafamous’ Rentas Negeri Berbulan Madu Didenda Dan Dipenjara
SUmber: Awani