
Salah Masih Lagi Dipersalahkan Sebagai Punca Prestasi Liverpool Hambar
Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca utama permulaan buruk Reds pada musim kali ini.
Bekas pemain pertahanan Liverpool, Glen Johnson yang menyalahkan Salah berkata, “Jika anda hanya melakukan empat hantaran dalam perlawanan, jelas ia berbentuk peribadi.”
Selepas beberapa bulan kempen musim baharu berlangsung, Liverpool hanya menang 4 dari 11 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan yang terbaru mengalami kekalahan memalukan apabila tewas 0-1 kepada kelab tercorot Nottingham Forest.
Prestasi hambar itu menyebabkan mereka menduduki tangga ke-8 dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Arsenal.
Ramai yang mencari punca kemerosotan Reds tetapi Glen Johnson percaya Salah sebenarnya yang perlu dipersalahkan.
“Formasi tidak membolehkan anda memberikan bola begitu sahaja. Semua orang beraksi di bawah prestasi sebenar.
“Salah dan yang lain adalah pemain fantastik dan mereka akan mencari jalan untuk kembali menang perlawanan. Ramai daripada mereka tidak menjadi pada masa yang sama.
“Apabila dua atau tiga pemain utama tidak menyerlah, pemain lain turut bermasalah, begitu juga sebaliknya,” ujarnya lagi.
Selain dari menyalahkan Salah, Glen Johnson turut mempunyai teori mengenai kesalahan lain Liverpool pada musim kali ini dan di antaranya ialah akibat tindakan yang salah kelab tersebut menjual Sadio Mane kepada gergasi Jerman, Bayern Munich.
BACA: Disenarai 50 Muslim Berpengaruh Dunia, Mo Salah Dilihat Pengubah Persepsi Negatif Agama Islam
Trending now



