Warga China di Cyberjaya

Salah Guna Visa, Lelaki Ini Kongsi Kisah Disebalik Lambakan Warga China Di Cyberjaya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kawasan Cyberjaya seakan seperti China Town, itulah yang dapat digambarkan apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan mata wang asing atau forex dalam talian terbesar yang didalangi warga China.

Dalam serbuan tersebut, JIM telah menahan 680 warga China di sebuah bangunan enam tingkat dengan kadar sewa RM360,000 sebulan. Memetik laporan Harian Metro, modus operandi sindiket mensasarkan mangsa di China dengan janji keuntungan yang tinggi dan pantas.

Warga China di Cyberjaya
Sumber: Straits Times

Serbuan tersebut telah menarik perhatian netizen dengan lambakan warga China di Malaysia. Salah seorang pengguna laman sosial Twitter yang dikenali sebagai Salahuddin telah berkongsi mengenai keberadaan warga China di Cyberjaya.

Beliau yang juga seorang doktor di sebuah klinik di Neocyber memberitahu golongan ini datang menggunakan visa pelancong.

Warga China di Cyberjaya
Sumber: Twitter

Beliau telah membuat aduan tentang kegiatan kantin haram warganegara itu kepada pihak berkaitan. Walaupun pemeriksaan sudah dilakukan, keadaan masih tidak berubah.

Warga China di Cyberjaya
Sumber: Twitter

Warga China di Cyberjaya

Bos mereka mampu sewa setiap rumah untuk satu blok di Domain.

Warga China di Cyberjaya

Warga China di Cyberjaya

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata mereka tinggal di negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial (PLS). Mereka ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa.

Sumber: Twitter OdeN, Harian Metro