
Sakit Tak Ingat Bila Terkena Simpul Biawak. Betul Ke Sebab Badan Tak Cukup Vitamin?
Anda pernah terkena simpul biawak semasa tidur? Bukan main sakit lagi kalau dah terkena kan?
Seorang pengguna Facebook bernama Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ada memberi penerangan tentang punca bagaimana boleh terjadinya simpul biawak dan cara untuk mengatasinya. Jom baca!
Saya diajukan soalan ni di Twitter.
Simpul biawak, tarik mengkarung atau nyetok karung ni adalah kekejangan otot betis. Lazimnya berlaku sewaktu bersukan atau tidur waktu malam.
◾Apa punca simpul biawak?
1. Dehidrasi: kurang minum air, atau kehilangan air yang banyak melalui perpeluhan atau kencing.
2. Kurang garam mineral: kekurangan sodium, potassium, kalsium dan sebagainya.
3. Kepenatan atau kecederaan: senaman atau aktiviti fizikal mengejut atau berlebihan.
4. Posisi tidur: tidur dengan kaki tertindih atau terlibat sehingga jejaskan peredaran darah.
5. Pengambilan ubat: statin (ubat kolesterol), hydroclorothiazide (ubat darah tinggi), dan lain-lain
◾Siapa mudah terkena simpul biawak?
1. Pesakit diabetes: kerana berlaku kerosakan saraf dan salur darah pada kaki.
2. Penghidap hipotiroid: kekurangan hormon tiroid ganggu fungsi otot.
3. Wanita hamil: lazimnya kerap berlaku pada trimester ke-3.
4. Warga emas: penuaan menjejaskan fisiologi dan pemulihan tubuh.
5. Pesakit buah pinggang: kawalan keseimbangan garam mineral terjejas.
◾Kalau terkena, apa nak buat?
1. Mengurut otot betis: menekan dengan kuat pada perut otot betis.
2. Meregang otot betis: duduk melunjur, dan tarik jari-jari kaki, ke arah badan.
3. Tuam otot dengan ais: balut ais dalam tuala kecil, dan tekap pada otot betis.
4. Ambil ubat tahan sakit: boleh makan Paracetamol (Panadol).
5. Ambil ORS (oral rehydration salt): juga dipanggil air garam, yang diberi ketika cirit-birit.
◾Jika terlalu kerap mengalami kejang otot, berjumpalah doktor. Khuatir ada masalah kencing manis, hipotiroid, buah pinggang, dan sebagainya.
Semoga bermanfaat!
BACA: Jangan Terlampau Ghairah Nak Cepat Kurus, Turun Berat 2KG Seminggu Sebenarnya Tak Sihat
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Trending now



