Sakit Kepala Semasa Solat Tarawih

Sakit Kepala Semasa Solat Tarawih Akibat Tekanan Darah Tinggi? Ini Nasihat Doktor

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di bulan Ramadan ini, mungkin ramai yang mengalami masalah sakit kepala atau pening semasa menunaikan solat tarawih.

Kebiasaannya, mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi kerap mengalami masalah ini dan ianya juga mungkin berlarutan dan menyebabkan ibadat-ibadat yang lain juga turut terganggu.

Melalui Facebooknya, Dr. Arisman, MD. telah membuat perkongsian berikut bagi mereka yang ingin mengenal pasti dengan lebih lanjut masalah ini.

Namun, bagi mereka yang masih mengalami sakit kepala yang berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sakit Kepala Semasa Solat Tarawih

Doktor, saya ada penyakit tekanan darah tinggi. Semasa solat tarawih saya selalu jadi sakit kepala. Sebab apa ya?

Baik. Pertama sekali perlu tanya kembali, adakah tekanan darah anda dalam paras terkawal? Bermaksud tekanan darah selalu di bawah 140 bagi sistolik dan bawah 90 bagi diastolik. Jika memang tidak terkawal, segera jumpa doktor untuk bincang lagi dos terbaik untuk tekanan darah tinggi anda.

Kedua. Elakkan mengambil makanan tinggi garam semasa berbuka puasa. Ini paling sering terjadi dan menjadi penyebab kenapa tekanan darah tinggi berlaku waktu malamnya dan sakit kepala pula. So elakkan makanan tinggi garam pada waktu berbuka. Jika anda masak sendiri di rumah itu sangat bagus kerana anda boleh tentukan kuantiti garam. Tapi jika beli dari bazar dan banyak fast food, ini payah.. memang banyak garam dalam masakan-masakan ini. Perlu berhati-hati.

Ketiga. Sakit kepala juga boleh disebabkan dehidrasi. So pastikan anda minum air secukupnya untuk kekal hidrat. 2-3 gelas air sebelum solat tarawih adalah terbaik menurut saya.

Keempat. Selepas ini periksa selalu bacaan tekanan darah pada waktu siang dan malam hari. Jika bacaan malam hari selalu lebih tinggi pada bulan puasa ini, so tukar waktu makan ubat anda. Misalnya sebelum Ramadan anda ambil ubat tekanan darah pada waktu pagi atau siang, tetapi sekarang dalam bulan Ramadan, anjakkan waktu itu untuk mengambil ubat tekanan darah itu pada waktu selepas berbuka puasa. Kemudian teruskan pantau bacaan tekanan darah anda.

Kelima. Jika sakit kepala berterusan walaupun tekanan darah sudah optimal, so segera jumpa doktor. Banyak lagi penyebab lain sakit kepala selain tekanan darah yang tinggi.

Ok. Semoga bermanfaat.

Dr. Arisman, MD.

(Gambar sebagai panduan umum tetapi untuk mendiagnos suatu jenis penyakit sakit kepala itu perlu menyeluruh, iaitu lengkap dengan sejarah dan gejala pesakit, pemeriksaan fizikal dan ujian sokongan seperti ujian darah jika perlu. Bukan diagnos melalui gambar sahaja seperti di bawah. Take note.)

BACA: Gastrik Di Bulan Ramadan: Apa Yang Perlu Diamalkan Dan Dielakkan

Sumber & kredit gambar: Facebook Dr. Arisman, MD.