Sakan ‘Shooting’ Sampai Rosakkan Tanaman, Pengasas Dan Model Leeyanarahman Dipanggil DBKL

Sakan ‘Shooting’ Sampai Rosakkan Tanaman, Pengasas Dan Model Leeyanarahman Dipanggil DBKL

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Aksi sakan shooting seorang model fesyen Muslimah Leeyanarahman, Iman Alyssa Sahabudin membawa padah apabila beliau bersama pengasas jenama berkenaan, Nur Liyana Abdul Rahman dipanggil pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana telah melakukan kerosakan pada harta benda awam.

Sakan shooting sampai merosakkan tanaman

Klip berbaring di atas pokok yang dikongsi pada Sabtu lalu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana telah menyebabkan tanaman berkenaan patah.

BACA: Pengasas Kicap Cap Kipas Udang Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Gambar yang diambil berhampiran projek River of Life (roL) di pusat bandaraya akhirnya mendapat perhatian daripada DBKL dan memanggil mereka yang terlibat untuk siasatan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme.

https://www.instagram.com/p/B_87WY-JH84/?utm_source=ig_embed

Dalam satu hantaran di Facebook, DBKL memberitahu mereka turut melakukan kesalahan melakukan penggambaran tanpa memperoleh kebenaran dahulu daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Sakan ‘Shooting’ Sampai Rosakkan Tanaman, Pengasas Dan Model Leeyanarahman Dipanggil DBKL
Sumber: IG Leeyanarahman

DBKL turut memberitahu bahawa sebarang aktiviti yang mahu dilakukan di sepanjang presint River of Life perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

https://www.facebook.com/dbkl2u/posts/2355102534782899

Sedar dengan kesilapannya, Nur Liyana memberitahu bahawa beliau dan krewnya siap untuk dikompaun atas kesalahan tersebut.

Di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme, perbuatan vandalisme adalah perbuatan membuat sebarang perubahan seperti melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Berdasarkan undang-undang tersebut, jika sabit kesalahan, pelaku vandalisme akan dikenakan denda tidak melebihi RM 1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi kesalahan yang berterusan, pelaku akan dikenakan denda tidak melebihi RM 100 bagi setiap hari kesalahan tersebut dilakukan.

Sumber: DBKL