minyak saji tulen 1

SAJI Jelas Isu Minyak Masak Tiruan Dan Tulen Yang Tular Di Pasaran

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa minggu lalu, tular mengenai isu minyak masak jenama SAJI tiruan yang berada di pasaran. Cakna dengan isu tersebut, pihak SAJI sendiri telah menjelaskan hal berkenaan di Facebook Page mereka.

BACA: Sokong Produk Muslim, Ini 7 Jenama Minyak Masak Bumiputera Yang Boleh Anda Beli

Rupa-rupanya minyak masak jenama SAJI yang disangka tiruan itu sebenarnya tulen! Macam mana perkara ini boleh berlaku?

Pertama sekali, pihak SAJI telah melakukan permohonan maaf secara terbuka berikutan dengan kekeliruan yang timbul. Untuk makluman anda, kedua-dua minyak masak tersebut adalah tulen yang mana corak bungkusannya atau packagingnya telah ditukar.

Namun begitu, masih ada kedai yang menjual minyak masak packaging lama bagi menghabiskan stok.  Jika anda perhatikan gambar di bawah, terdapat lima perbezaan ketara, iaitu:

1. Perkataan ‘Tanpa Kolesterol’ diubah kepada ‘Makanan Bebas Kolesterol’

2. Perkataan ‘Mengandungi Vitamin E Semulajadi’ diubah kepada ‘Kaya dengan Vitamin E’

minyak saji tulen

3. Perkataan ‘Minyak Sawit Olein’ diubah kepada ‘Minyak Sawit Bertapis’

4. Logo ‘Wajah Baharu’ diubah kepada logo ‘Sayangi Sawitku’

5. Penukaran alamat baharu FGV (Wisma FGV)

Berkenaan dengan warna yang berbeza pula, pihak SAJI memberitahu ianya mungkin disebabkan oleh aspek pencahayaan, yang mana jika dikeluarkan dari rak warna keduanya adalah sama.

Bagi mendapatkan info terkini dah sah daripada pihak SAJI berkenaan dengan produk mereka, anda bolehlah ikuti laman Facebook atau Instagram rasmi mereka.

 

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VnssnlMzx/