Sajat Berpurdah Lolos Ke Bangkok

Sajat Guna Taktik Berpurdah, Bayar RM20k Untuk Larikan Diri Ke Bangkok Sebelum Ditahan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sajat larikan diri ke Bangkok sudah ditahan pihak imigresen Thailand.

Usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang berbulan-bulan tidak dapat dijejaki oleh pihak berkuasa kini dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September 2021.

Menerusi laporan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberikan maklumat kepada pihak berkuasa Thailand berkaitan Sajat yang berjaya melarikan diri ke negara berkenaan dan usaha mengesannya telah dilakukan oleh jabatan imigresen untuk mengesan lokasi persembunyian Sajat

Dia ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki yang berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

“Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

“Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia.”

Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen. Dia bagaimanapun telah dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan sebanyak AS$2,000 (RM8,343) oleh seorang kenalana.

Ketika ini, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa Sajat pulang ke Malaysia namun rundingan agak sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya.

Sajat Berpurdah Lolos Ke Bangkok

Sajat guna taktik berpudrah untuk larikan diri ke Bangkok

Laporan mendedahkan Sajat mengenakan purdah dan niqab sebagai taktik untuk mengelakkan dirinya dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah.

Dia kemudian dibantu seorang lelaki yang mahir selok-belok di kawasan sempadan dengan memberikan upah sebanyak RM20,000 untuk membawanya keluar ke negara jiran pada Mac lalu sebelum PKP dilaksanakan di seluruh negara.

“Sajat dibawa menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.

“Sebaik tiba di Padang Besar, Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lolos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.

“Lelaki sama kemudiannya membawa dia ke Hat Yai, Thailand. Dia kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand.”

Mohon perlindungan dan kebenaran berpindah ke Australia

Difahamkan, Sajat sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Malah, pihak ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga menyediakan peguam untuk Sajat dan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

Alasan Sajat memohon kad pelarian itu kerana mendakwa mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam dan diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sumber: Harian Metro