
Saintis Teruja Temui SpongeBob Dan Patrick Sebenar Di Dasar Laut
Penemuan saintis yang terbaru ini pasti mengujakan ramai. SpongeBob dan Patrick sebenar di dasar laut?
Sejak pertama kali ditayangkan pada tahun 1999, animasi SpongeBob SquarePants mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia.
BACA: Fakta Sedih Dan Realiti Sebenar Di Sebalik Bikini Bottom Dalam Animasi SpongeBob SquarePants
Watak utamanya berupa span laut berwarna kuning, dan dibantu rakan-rakan binatang laut yang lain menceritakan mengenai penggembaraan mereka di sekitar bandar Bikini Bottom.
Dalam satu penemuan terbaharu, siantis laut memberitahu mereka melihat span laut dan binatang laut berwarna merah jambu di gunung bawah laut 200 batu di timur bandar New York.
Berkongsi penemuannya di Twitter, saintis Christopher Mah turut membuatkan pengguna media sosial teruja.
*laugh* I normally avoid these refs..but WOW. REAL LIFE Sponge bob and Patrick! #Okeanos Retreiver seamount 1885 m pic.twitter.com/fffKNKMFjP
— Christopher Mah (@echinoblog) July 27, 2021
Berkata kepada media Insider, Christopher berfikir ia agak lucu jika mahu dibandingkan dengan animasi SpongBob SquarePants kerana sebagai ahli biologi yang memiliki kepakaran dalam ‘dunia’ laut, kebanyakan gambaran dalam animasi itu tidak benar.
Sebelum itu, tahukah anda bandar Bikini Bottom yang menjadi lokasi utama dalam siri SpongeBob adalah berdasarkan gambaran lokasi sebenar di peta dunia iaitu Bikini Atoll, sebuah tempat di wilayah Mikronesia yang menjadi sebahagian daripada Kepulauan Marshall.
Ketika Perang Dunia Kedua, Bikini Atoll adalah salah satu wilayah Amerika Syarikat. Tentera Amerika berjaya merebut Kepulauan Marshall dari tangan Jepun melalui pertempuran berdarah.
Pada Februari 1946, AS di bawah pimpinan Presiden Harry Truman merancang untuk menjalankan peledakan nuklear bom atom. Jelas bahawa ujian seperti ini mempunyai risiko besar dan memberi kesan negatif terhadap kelangsungan hidup penduduk di situ.
Justeru, Bikini Atoll dipilih sebagai lokasi menjalankan ujian nuklear atas faktor ia jauh daripada penempatan manusia dan semua penduduk di sana perlu mengosongkannya.
Sebanyak 23 senjata nuklear dijatuhkan yang mempunyai kekuatan lebih kuat daripada bom atom Hiroshima dan Nagasaki. Kemusnahan berlaku di sekitar perairan Bikini Atoll.
Lantaran itu, Bikini Atoll menjadi kawasan yang terdedah dengan radiasi nuklear.
Kawasan itu tidak boleh dihuni manusia kerana air dan hidupan laut di situ sudah tercemar disebabkan kesan pencemaran daripada radiasi nuklear yang berterusan.