
Saintis Temui Kaedah Mudah Pilih Jantina Dalam Rawatan IVF
Teknologi menentukan kaedah jantina anak sudah lama wujud tetapi sejauh manakah teknologi yang sedia ada itu berkesan?
Terkini, saintis Jepun telah menemui kaedah mudah uang boleh memisahkan sperma yang membawa kromosom X daripada yang membawa kromosom Y dalam tikus makmal, menjadikan hasrat untuk menentukan jantina anak semakin menghampiri realiti.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal PLOS Biology menunjukkan bahawa sejenis bahan kimia boleh menjadikan sperma yang membawa kromosom X berenang lebih perlahan tanpa menjejaskan kesuburan sekali gus menyaring mereka daripada sperma yang membawa kromosom Y.
Kebanyakan sel mamalia jantan mengandungi kedua-dua kromosom X dan Y namun semasa perkembangan sperma, kromosom X dan Y diasingkan kepada sel berbeza jadi sperma individu akan membawa sama ada kromosom X sahaja atau Y, dengan X untuk anak perempuan manakala Y bagi anak lelaki.

Saintis dari Universiti Hiroshima mendapati bahawa kromosom X membawa lebih banyak gen berbanding kromosom Y dan sesetengah gen ini kekal aktif dalam sperma yang semakin matang.
Menerusi kajian, dalam kalangan 500 gen yang aktif dan mengandungi sperma, sejumlah 18 gen ditugaskan untuk mengekod penerima, yang mungkin berpotensi digunakan bagi memanipulasi sperma.
Teknik ini memudahkan pemilihan jantina sama ada bagi kaedah persenyawaan vitro (IVF) atau permanian beradas.
Kajian yang dilakukan ini lebih kepada industri penternakan haiwan yang mana penghasilan haiwan betina sahaja berguna untuk penghasilan awam telur. Anak ayam jantan kebiasaannya akan dimusnahkan sebaik sahaja menetas.
Menurut penyelidikan, proses pemilihan jantina bayi manusia juga boleh dilakukan menggunakan teknik yang sama namun hanyalah spekulatif buat masa ini kerana membabitkan isu etika yang tidak terpengaruh dengan utiliti teknik baharu itu.
Sumber: Mstar
Tengah cari telefon bimbit baharu? Apa kata lihat-lihat dulu spec Vivo S1.
VIVO S1 : Offical launch in Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.