Saintis China Yakin Vaksin Keluaran Mereka Berkesan 99% Rawat COVID-19

Sumber: Sky News

Para saintis China yakin vaksin yang dibangunkan mereka berkesan 99% untuk merawat COVID-19. Vaksin yang dibangunkan oleh firma bioteknologi Sinovac yang berpusat di Beijing memberitahu mereka kini berada dalam fasa kedua percubaan kepada 1,000 peserta dalam ujian klinikal.

Dalam temu bual bersama media Sky News, saintis tersebut turut mengesahkan kini mereka sedang dalam perbincangan melaksanakan percubaan fasa ketiga yang terakhir di United Kingdom.

Sinovac juga dilaporkan sedang membangunkan kilang komersial di bahagian lain Beijing dengan tujuan menghasilkan 100 juta vaksin apabila sudah mendapatkan persetujuan akhir untuk proses pengedaran secara besar-besaran.

Vaksin COVID-19 Dijangka Tersedia Jun Ini

Namun penghasilan vaksin berkenaan tidak disyorkan untuk diedarkan kepada seluruh penduduk kerana hanya akan memberi tumpuan kepada kumpulan berisiko tinggi seperti pekerja kesihatan dan warga emas.

Percubaan fasa kedua ini perlu dilakukan selama beberapa bulan sebelum memasuki fasa ketiga dan seterusnya.

BACA: Israel Umum Temui Antibodi Yang Berjaya Sembuhkan Pesakit COVID-19

Sebelum ini, seorang saintis dari Amerika Syarikat memberi amaran kemungkinan besar vaksin COVID-19 tidak akan ditemui sehingga bila-bila kerana proses pembangunannya tidak boleh dicapai dalam masa terdekat.

Mengambil contoh penghasilan vaksin untuk penyakit HIV yang dikenal pasti sejak 1943 namun sehingga kini masih belum menemui penawarnya, beliau menjelaskan vaksin paling cepat yang dihasilkan sebelum ini adalah untuk penyakit beguk iaitu empat tahun.

Selagi vaksin COVID-19 tidak ditemui selagi itulah penduduk dunia perlu hidup dalam suasana norma baharu. Meskipun pada Mac lalu ada ura-ura vaksin sudah hampir ditemui dan bakal tersedia menjelang Jun ini, tempoh jangkaan paling awal untuk vaksin tersedia adalah dalam tempoh 18 bulan (1 tahun 6 bulan).

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.