
Saintis Berjaya Cipta Kanta Lekap Boleh Zum Melalui Kerdipan Mata
Seiring dengan arus kemodenan, mata turut mencapai evolusi fesyen bagi memenuhi impian manusia yang ingin kelihatan lebih sempurna. Kanta lekap adalah alternatif sebagai pengganti cermin mata bagi mereka yang rabun.
Namun, penggunaan kanta lekap kini bukan sahaja untuk golongan rabun malah mereka yang mempunyai mata sempurna pun menggunakannya dengan tujuan berfesyen.
Terkini, sekumpulan saintis dari University of California San Diego telah berjaya mencipta prototaip kanta lekap yang boleh dikawal mata. Pengguna boleh menggunakan kanta lekap tersebut untuk zum dekat dan zum jauh dengan hanya mengerdip mata sebanyak dua kali.
Saintis menggunakan signal elektro-colugraphic, iaitu sejenis signal yang dihasilkan menggunakan pergerakan mata. Signal ini dihantar kepada kanta biomimetri yang bertindak balas mengubah panjang focal kanta.


Kepekaan sistem kanta lekap ini boleh mengesan kerdipan mata yang berfungsi seperti lensa zum pada kamera.
Bagaimanapun, prototaip ini hanya berfungsi dalam pelantar khas yang menggunakan beberapa komponen yang perlu diketepikan secara dramatik sebelum manusia boleh memakainya.
Tertanya juga mengapa mereka mencipta alat sebegini? Para saintis percaya bahawa inovasi ini mampu digunakan dalam visual tiruan, melaraskan gelas dan mengendalikan robotik dari kawalan jauh pada masa akan datang.
Sumber: Gizmodo
Keropok paling lejen di Malaysia.
Mat Salleh elak makan keropok Durian
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.