
Safawi Rasid Minta Maaf, Janji Akan Tingkatkan Prestasi Permainan
Sejak semalam, kontroversi yang melanda pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid dan kekasih, Syifa Melvin masih hangat diperkatakan.
Melalui pendedahan di hantaran status Instagram Tunku Mahkota Johor, prestasi Safawi Rasid dikatakan semakin merudum akibat setiap hari dipaksa untuk berkahwin oleh Syifa.
BACA: Sibuk Desak Ajak Kahwin Hingga Prestasi Merudum, TMJ ‘Sekolahkan’ Kekasih Pemain Johor
Tampil melakukan permohonan maaf melalui laman Instagram, Safawi memberikan janji akan cuba meningkatkan tahap prestasi permainannya demi kelab.
https://www.instagram.com/p/B9TLkqDlHaR/
Tidak berhenti menerima kecaman dan kritikan, Syifa menerusi hantaran status Instagram tampil mempertahankan kekasihnya dan memberitahu perbualan yang dikongsikan TMJ adalah perbualan lama.
https://www.instagram.com/p/B9TVMn7nN1b/?igshid=1815d9kimr2im
Tidak menafikan perbuatan Safawi sebagai sesuatu yang salah, Syifa menafikan ada mendesak kekasihnya untuk berkahwin sehingga menyebabkan prestasi Safawi di dalam padang merosot.



Terdahulu, pada pertengahan Mac 2018, TMJ mengumumkan bahawa baginda telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah kedudukan skuad bola sepak kebangsaan yang jatuh tiga anak tangga.
BACA: TMJ Beri Sebab Letak Jawatan Sebagai Presiden FAM Selepas 365 Hari
Mendedahkan sebabkan selepas 365 hari kemudian, baginda mengakui keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah selepas setahun memegangnya, Tunku Ismail yakin ianya adalah perlu supaya baginda dapat memberikan fokus serta komitmen kepada satu tugas.
Hanya mempunyai satu matlamat dan agenda sebagai Presiden FAM iaitu mewujudkan dan menyusun semula sistem supaya FAM kekal sebagai satu badan yang lebih formla; menjaga pasukan kebangsaan, jawatankuasa tatatertib, jawatankuasa status displin yang tidak hanya fokus kepada liga.