
Rumah Sangat Tak Mampu Milik, Kos Sara Hidup Tinggi, Apa Nasib Anak Muda?
Harga rumah di Malaysia masih berada pada paras sangat tidak mampu milik jika dibandingkan dengan pendapatan rakyat.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu laporan Tinjauan Kestabilan kewangan (Separuh Kedua 2019) mendedahkan risiko pembetulan ketara terhadap rumah terus dikekang oleh permintaan kukuh terhadap perumahan terutamanya bagi hartanah bernilai bawah RM500,000.
BACA: Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Wanita Ini Capai Impian Beli Rumah Secara Tunai
Permintaan untuk rumah mampu milik terus melebihi bekalan dengan margin besar berlaku berikutan ketidakpadanan antara permintaan dengan bekalan harta kediaman menyebabkan harga rumah di Malaysia terus meningkat dengan sederhana pada suku ketiga tahun lalu.
Isu berkenaan harga rumah di Malaysia yang terlalu mahal bukanlah satu isu yang baharu. Sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lalu, isu ini merupakan salah satu isu popular yang dibincangkan dalam kalangan masyarakat rakyat marhaen.
Turut berkait dengan isu gaji, Bank Negara lima bulan lalu pernah mendedahkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah baharu yang dilancarkan kerana melebihi kemampuan.
Nilai hartanah yang bernilai RM417,262 merupakan harga purata pasaran tetapi hakikatnya yang mampu dimiliki hanya sekitar RM282,000 sahaja. Disebabkan itu juga, ramai anak muda memilih untuk menyewa daripada membeli.
BACA: Harga Rumah Malaysia Terlalu Mahal, Sangat Tak Mampu Milik – Piawaian Antarabangsa
Jika dilihat purata pada tahun 2018, berlakunya peningkatan nilai antara 2.3& hingga 7.2% yang mana Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan tertinggi di anatara semua negeri dan wilayah. Turut diakui sendiri oleh piawaian antarabangsa yang mengkategorikan rumah kediaman Malaysia sebagai ‘sangat tak mampu milik’ menurut daripada kajian yang dibangunkan Demographia International dan dicadangkan oleh Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Universiti Harvard.
Usaha mengimbangkan semula bekalan rumah agak kurang memuaskan. Sekiranya trend sebegini diteruskan, risiko pelarasan harga pada masa hadapan mungkin akan meningkat disebabkan oleh kekangan kemampuan.
Terdahulu, pada September tahun lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencadangkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual di negara ini telah mendapat kritikan daripada netizen.
BACA: BNM Perluas Kriteria Peminjam Beli Rumah Mampu Milik
Bank Negara pula pada Ogos tahun lalu telah memperluaskan kriteria dengan melancarkan Dana Rumah Mampu Milik bagi membantu golongan terbabit membeli rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.
Sumber: Harian Metro