
‘Rumah Hantu Lejen’ Bukit Gasing Dibeli Pembida Tunggal Misteri Pada Harga RM4.4 Juta
Satu kediaman yang telah lama ditinggalkan di Bukit Gasing, Petaling Jaya dan pernah viral sebelum ini kerana dikatakan sebagai ‘rumah hantu’ telah berjaya dilelong secara rasmi selepas bertahun-tahun gagal mencari siapa yang sudi membelinya.
Menurut Facebook Selangor Auction Property, rumah agam yang pernah dilelong pada harga RM6 juta sejak beberapa tahun yang lalu itu akhirnya berjaya dibida oleh seorang pembeli pada harga RM4.4 juta sahaja.
Walau bagaimanapun, tiada apa-apa maklumat yang diperolehi mengenai pembeli misteri tersebut.
Tahun lalu, seorang Konsultan Hartanah, Muhammad Ishaq pernah berkongsi kisah sebenar di sebalik rumah ‘lejen’ yang menyeramkan tersebut di laman Facebooknya.
Benarkah rumah tersebut benar-benar berhantu? Jom baca kisah menarik yang dikongsikannya ini.
SERAMMM BANGLO SG BUKIT GASING
Sudah 1K Like so abam bukak cerita banglo lelong RM6 juta ni.
Berdasarkan carian di pejabat tanah, pemilik sebenar rumah ni adalah Raymond Goh ber I/C kepala 61 (sekarang umur 60).
Rumah ni digadaikan kat bank pada 15/03/2013. Ya boleh dikatakan baru lagi sebab tu lelong masih on.
Berdasarkan carian dan maklumat di high court, owner masih hidup. Tak tahulah owner sekarang tinggal di luar negara/sudah meninggal di sana ke Wallahualam tapi di Malaysia tiada register kematian (deceased). Kemungkinan besar owner masih hidup.
Nama glamer owner adalah Shihan Goh (SG). Biasalah Chinese Christian mesti ada nama glamer. Shihan bermaksud ‘master’ dalam Bahasa Jepun. Master Goh seorang expert dalam seni pertahan diri (jui-jitsu). Ni berdasarkan penemuan document di rumah tersebut. Gambar document lengkap abam dah hilangkan. Sebab dah lama sebenarnya abam pergi rumah ni 4-5 tahun lepas. Tak simpan pulak gambar-gambar. Ade lah sikit gambar di bawah abam kepilkan skali.
Master Goh seorang penganut Christian yang kuat. Ni berdasarkan keadaan rumah yang penuh dengan simbol salib koptik Mesir.
Dan Master Goh juga ada menulis buku The Aquarian Bible Awakening 1 Thru Cosmic Link Omnipotentology (2002).
Bermaknanya di sini cerita seorang Singh bernama Sanjay Gil dan isteri dia memotong kepala scandal suami tu adalah kemungkinan rekaan semata-mata. Biasalah untuk tarik viewer/nak melariskan blog/TikTok/YouTube. Kene lah sensasi.
Tak ada document hak milik atas nama Sanjay Gil dan isteri Shalini seperti diwar-warkan. Kemungkinan diorang silap lambang untuk orang Singh dan simbol koptik Kristian. Boleh rujuk gambar.
Kalau ikut logik cerita tragis macam tu mesti dah sudah heboh 1 Malaysia. Isteri membunuh, laki mati mengejut, dan kemudian isteri gantung diri. Logiknya mesti sudah masuk surat khabar kan?
Dengar dari jiran pun tak ada cerita-cerita bunuh tu.
Mungkin rumah ni orang cakap seram sebab dulu owner banyak buat bende penyembahan berkaitan spirit. Mungkinlah.
Abam pegi takde ape pun siap masuk congak berapa kos nak reno kiki. Abam rasa akan ada buyer jika harga lelong drop ke 2 juta-3 juta. Tanah di sini bernilai tinggi. Area orang have have. Built up besar gedabak.
Nak tengok dalaman rumah ni boleh YouTube ‘SG Bukit Gasing’. Berlambak ada video dalaman rumah.
Sorrylah abam mengecewakan korang. Tak dak seram pun kat sini. Jadi port penagih adalah kiki.
BACA: Pasangan Beli Kediaman ‘The Conjuring’ Akui Rumah Itu Memang Berhantu
Sumber: Muhammad Ishaq, Selangor Auction Property
Trending now



