
Rugi Hampir RM16 Ribu, Mangsa Dedah Taktik Penipuan Kerja ‘Part-Time’ Supaya Orang Ramai Tak Terpedaya
Meskipun kerap kali diuar-uarkan mengenai kegiatan penipuan dalam talian, namun masih ramai masyarakat menjadi mangsa sehinggakan ada yang kerugian mencecah jutaan ringgit.
Ramai yang mencari pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan demi menampung kos sara hidup yang agak mencabar masa kini.
Namun begitu, masih ramai yang kurang pendedahan apabila mudah terpedaya dengan tawaran kerja hanya denga malayari Internet.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @aboiii98 telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan laporan polis miliknya yang mengatakan dirinya telah ditipu oleh ‘scammer’.
Katanya, dia telah kehilangan hampir RM16,000 daripada duit simpanan dan pinjaman dari orang sekeliling gara-gara terpedaya dengan sindiket penipuan itu.
Jumpa ‘iklan pekerjaan’ di Facebook
Menurut lelaki itu, mangsa diberikan kerja dengan perlu membeli beberapa produk di Shopee menggunakan wang sendiri dan untuk setiap pembelian akan diberikan komisen sebanyak 10% serta wang akan dikembalikan.
Pada awalnya, dia mendapatkan wang seperti dijanjikan tetapi apabila melakukan tugasan seterusnya, masalah mula timbul hanya kerana berlaku sedikit kesilapan.
Mangsa cuba mendapatkan semula ‘refund’ tanpa perlu komisen yang dijanjikan dengan menghubungi recruiter yang bertanggungjawab tetapi disebabkan sudah melebihi masa maka dia perlu membayar denda terlebih dahulu.
Setelah membuat pembayaran seperti yang diminta, pihak tersebut mengatakan bahawa bahawa sistem ‘down’ dan hanya boleh refund pada keesokkan hari.
Dia mula sedar dirinya ditipu apabila masih gagal mendapatkan wangnya semula sehingga ke hari ini, lantas membuat laporan polis.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa. Ada juga yang mengatakan pernah berdepan dengan sindiket penipuan ini.
Dalam pada itu, mangsa meminta orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan ‘kerjaya’ ini.

Sementara itu, isu ini telah pun dijelaskan pihak Shopee sebagai satu penipuan dan meminta para pengguna untuk tidak melayan mana-mana mesej sama ada daripada WhatsApp, Facebook, Instagram atau platform lain yang mencurigakan jika ia menawarkan pekerjaan.
Taktik ini katanya digunakan untuk memperdaya mangsa dengan memberi ganjara terlebih dahulu sebelum menjerat mangsa memberi lebih banyak wang untuk ditipu.
Sumber: Twitter Aboi