
Ruangan Komen Instagram ‘Diserang’ Calon SPM 2019, Ini Respon Melissa
Beberapa hari lalu, seorang wanita bernama Melissa menjadi bualan rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan calon yang menduduki peperiksaan SPM sehingga menyebabkan netizen SPM menyerang ruangan komen di Instagramnya.
Ini kerana watak wanita yang bernama Melissa yang terdapat dalam kertas soalan peperiksaan Bahasa Inggeris sebenarnya memang wujud.
BACA: Gara-Gara Kertas Bahasa Inggeris, IG Wanita Bernama Melissa Diserang Calon SPM 2019
Ironinya, Melissa di Instagram ini turut meminati aktiviti sukan lasak, iaitu luncur udara atau paragliding sama seperti yang ditanya di dalam kertas peperiksaan tersebut.
https://www.instagram.com/p/B0VLe3-lh3-/
Yang membezakan antara keduanya ialah umur yang mana Melissa di kertas soalan tersebut berumur 16 tahun dan Melissa di dunia sebenar ini berumur sekitar 30 tahun ke atas.
Agak memalukan apabila ruangan komen di media sosial Instagram Melissa dihujani dengan komen-komen yang negatif daripada calon SPM kita sehingga ianya boleh dikategorikan sebagai buli siber pada beliau.
Tenang berhadapan dengan hal tersebut, ini respon daripada Melissa.
https://www.instagram.com/p/B4mfGj0FFlS/
Masyarakat hari ini memandang enteng perihal buli siber yang sebenarnya jika tidak dikawal ianya boleh menyebabkan mangsa tertekan. Seperti kata Melissa, mereka yang meninggalkan komen sepatutnya memikirkan adakah perlu komennya ditinggalkan terlebih dahulu.

Dengan tanda pagar #haveheart, Melissa memberitahu jika umur beliau sama dengan umur Melissa di kertas soalan SPM itu, mungkin cara penerimaan bagaimana beliau menjadi ‘popular’ adalah berbeza dengan Melissa yang berumur 30 tahun ini.
Tak kira apa pun, jangan kerana ketidakpuasan hati kita tanpa sedar kita telah melakukan buli siber pada pengguna lain.
#haveheart
Filem terbaik arahan Quentin Tarantino.
Quentin Tarantino – Senarai Filem Arahan Terbaik Beliau
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



