
Ronaldo Ledak Jaringan Ke-700 Dalam Aksi Kelayakan Euro 2020
Bintang bola sepak yang terkenal di dunia, Cristiano Ronaldo berjaya meledakkan jaringan beliau yang ke 700 semasa aksi menentang Ukraine di Kelayakan Euro 2020 melalui sepakan penalti.
BACA: Cristiano Ronaldo Beri Bayangan Bakal Bersara Dalam Tempoh Terdekat
Gol yang dijaringkan pada minit ke-72 ini menjadikan ia sebagai jaringan ke-95 di pentas antarabangsa buat Ronaldo dan melonjakkan nama beliau hampir sebaris dengan rekod lagenda Ali Daei yang berjaya menjaringkan gol sebanyak 819 gol.
BACA: Christiano Ronaldo Buka Klinik Rawatan Rambut Dengan Pelaburan RM4.62 Juta
Namun nama Ronaldo sudah boleh dikatakan sebaris dengan Josef Bican (805), ROmario (772), Pele (767), Ferenc Puskan (746) dan Gerd Muller (735) dan dipisahkan dengan musuh tradisinya Lionel Messi hanya dengan 1 jaringan iaitu 699 gol.

Walaupun rekod Ronaldo sudah boleh dibanggakan, namun ianya tidak menghalang Portugal mengalami kekalahan pertama dalam saingan kelayakan dengan memberi kelebihan lapan mata buat Ukraine di tangga teratas selepas Roman Yaremchuk dan Andriy Yarmolenko menjaringkan gol pada separuh masa pertama.
Sumber: FMT
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Wj8RzFmRs/