
Rohana Rozhan Dan Nooryana Najwa Najib – Persamaan Dan Perbezaan Antara Dua Wanita
Seronok rasanya membaca kisah dua wanita yang menjadi perbualan hangat kebelakangan ini iaitu Rohana Rozhan dan Nooryana Najwa Najib.
Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran malah seluruh dunia juga kini sudah mengenali kedua-dua wanita beragama Islam yang berjaya “menaikkan” nama negara tersebut.
Siapakah sebenarnya mereka ini? Apakah persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua wanita “hebat” ini? Apa pula pengajaran dan iktibar buat kaum wanita di Malaysia?
Karya Kayra telah membuat satu kupasan yang menarik melalui hantarannya di Facebook bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut. Jom ikuti perkongisan beliau.

Antara Dua Wanita.
Apakah persamaan dan perbezaan mereka?
Rohana Rozhan bekas CEO Astro menjadi popular selepas Tim Leissner yang menjadi Saksi Kerajaan dalam siasatan penyelewengan wang rakyat 1MDB “mengakui” mempunyai hubungan sulit dengan Rohana Rozhan selama 10 tahun.
Leissner memberi kenyataan di Mahkamah bahawa beliau “diugut” Rohana agar membelikan Mansion Mewah berharga USD10 Juta di London atas nama Rohana jika Leissner tidak mahu Rohana mendedahkan Leissner kepada SPRM kerana salahguna wang 1MDB.
Ketika itu Leissner mempunyai akses penuh kepada kewangan 1MDB.
Bagaimana Rohana seorang CEO Astro boleh tahu Leissner menyalahguna wang 1MDB? Apakah kaitan Astro dengan 1MDB?
Jawapan: Leissner kekasih Rohana.
Fakta psikologi. Lelaki akan menjadi lemah di hadapan wanita kesayangannya. Lelaki akan mendedahkan semua perkara baik dan buruk kepada kekasihnya kerana lelaki mahu wanita itu turut jujur kepadanya. Kerana itu “wanita cantik” seringkali digunakan untuk mendapatkan maklumat dari lelaki-lelaki yang sukar ditembusi siasatan Pegawai Kerajaan.
Tim Leissner adalah suami kepada Model Seksi Amerika Kimora Lee Simmons.
Manakala Rohana Rozhan adalah adik kepada Anuar Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif KPISoft Sdn. Bhd. yang mendapat tender Kerajaan membangunkan aplikasi MySejahtera bernilai RM72 Juta.
Nooryana Najwa Najib pula anak perempuan Najib Razak bekas Perdana Menteri Malaysia menjadi bahan ketawa ramai pegawai apabila Najwa mengakui di Mahkamah bahawa beliau hanyalah “Power Point Girl” atau dalam istilah kita disebut “Budak Pejabat” apabila Tim Leissner mendedahkan beliau diminta oleh Najib Razak untuk menyediakan pekerjaan kepada anak-anak Najib Razak termasuk memberi pekerjaan kepada Najwa sebagai “Power Point Girl” di firma luar negara.
Hebat Power Point Girl yang satu ini apabila Majlis Perkahwinannya di Kuala Lumpur dihiasi dengan bunga-bunga hidup yang dibawa khas dari luar negara dengan nilai bunga itu sahaja RM2 Juta.
Perbezaan mereka… Rohana Rozhan bijak “mengumpul harta” walaupun dengan cara mempergunakan lelaki, manakala Najwa pandai “menghabiskan harta” hingga menjatuhkan seorang Perdana Menteri.
Rohana sebagai seorang CEO boleh mengatakan “dia tidak tahu” mansion mewah hadiah dari Tim Leissner itu dibeli Tim menggunakan wang 1MDB dan Rohana bersedia memulangkannya kepada Kerajaan Malaysia. Rohana akan terlepas kerana bukan dia yang beli tapi Leissner yang bagi hadiah. Leissner tahu jelas kekasih skandalnya akan terlepas kerana itu Leissner “buka mulut” menyebut perihal skandalnya dengan wanita Melayu bernama Rohana Rozhan.
..dan dalam masa yang sama Kemewahan Majlis Perkahwinan anak Najib Razak si Nooryana Najwa yang bekerja sebagai “Power Point Girl” melebihi kemampuan wang pencen seorang bekas Perdana Menteri “menceritakan segala-galanya” tanpa perlu sesiapa bercerita.
Bagaimana seorang “Budak Pejabat” mampu mengadakan Majlis Perkahwinan yang dipenuhi Bunga-Bunga Hidup dari luar negara termasuk ada bunga hidup pada kek perkahwinan setinggi 12 tingkat itu?
Jika anda kata Wedding of The Year, Majlis Perkahwinan Budak Pejabat bernama Nooryana Najwa Najib itu “Beyond Wedding of The Century” bagi sesiapa yang menjadi tetamu jemputan. Bau wangian mewah menyambut anda sebaik kaki anda melangkah masuk ke dalam dewan di KLCC itu.
Tetamu Majlis dilarang mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung namun gambar-gambar itu tetap bocor ke internet tanpa diketahui siapa yang membocorkannya.
So girls… your choice.
Namun.. apapun yang anda mahukan dalam hidup sama ada “Mansion Mewah” di Luar Negara atau “Majlis Perkahwinan Abad Ini” yang dipenuhi bunga-bunga hidup harum mewangi PASTIKAN anda guna wang anda sendiri.
Tiada yang salah bagi seorang wanita yang rajin bekerja dan pandai berdikari berbelanja mewah dengan duit sendiri.
Yang salah adalah anda menjadi punca lelaki kesayangan anda melakukan jenayah demi memenuhi permintaan anda.
You want a true love?
Jangan mencintai lelaki hingga ke penjara. Cintailah lelaki itu hingga membawa ke Syurga. Inilah Kemewahan Dunia yang sebenar.
Kayra, Putrajaya.
#sisterhood
Sumber: Karya Kayra