‘ROH’ (2020) Bukan Filem Seram Cliche 6

‘ROH’ (2020) Bukan Filem Seram Cliche

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sudah memasuki platform penstriman dalam talian, filem seram indie Malaysia, ROH (2020) mendapat tempat antara 10 yang trending di Netflix kerana plotnya yang tidak cliche.

BACA: Babak Kerusi Roda ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ Cetus Kekeliruan, Ini Reaksi Namron

Filem dengan latar belakang zaman dahulu ini mengisahkan sebuah keluarga miskin yang terdiri daripada Mak, Along dan Angah yang tinggal di dalam hutan.

Pada satu hari, mereka menemui seekor rusa yang mati tersangkut pada dahan pokok. Dalam perjalanan balik, seorang kanak-kanak misteri yang mereka panggil sebagai Adik mengikuti mereka pulang ke rumah.

Pada malam Adik di rumah mereka, tiba-tiba Adik berkata, “dia sudah datang.” Keesokan paginya, Adik membuat ramalan apabila bulan penuh, mereka semua akan meninggal dunia sebelum mengelar lehernya sendiri di hadapan Mak, Along dan Angah.

‘ROH’ (2020) Bukan Filem Seram Cliche 2

Sejak daripada itu, pelbagai peristiwa pelik berlaku. Along hilang di hutan, kedatangan Pemburu dan Tok yang semakin menyebabkan keadaan menjadi lebih misteri dan sukar untuk mereka.

‘ROH’ (2020) Bukan Filem Seram Cliche 4

Pada awal kemunculan Tok dan Pemburu, penonton akan menjangkakan yang Pemburu adalah watak jahat di dalam filem ini termasuklah Mak yang menghalau Pemburu.

‘ROH’ (2020) Bukan Filem Seram Cliche 1

Tetapi Mak akhirnya tersilap langkah dengan mempercayai Tok yang sebenarnya iblis yang menjelma dalam bentuk manusia.

Ini dikaitkan dengan petikan Al-Quran pada babak di permulaan filem, “… iblis menjawab, “aku lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”

Filem ROH bukanlah filem seram hantu, tetapi lebih kepada filem dengan unsur pengajaran dan teguran tersirat kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu dan masyarakat Islam.

Biarpun hanya dengan bajet serendah RM360,000, filem ROH yang menjalani penggambaran di rimba Dengkil, Selangor ini berjaya terpilih mewakili Malaysia dalam kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Akademi (OSCAR) ke-93 pada April 2021.

Dibintangi Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Nam Ron, Junainah M. Lojon dan Putri Qaseh, anda kini boleh tonton filem ROH terbitan Kuman Pictures di Netflix sekarang.